Fanatisisme tema tiga lajur
4 Ogos 2007
Barangkali susun atur yang terpopular bagi web pada masa kini ialah susun atur tiga lajur (three-column layout). Susun atur ini ialah reka bentuk yang dipisahkan kepada tiga bahagian menegak, biasanya dengan satu bahagian yang paling lebar (kira-kira 60%), dan dua bahagian selebihnya diletakkan di sebelah kiri dan kanan (atau kedua-duanya di sebelah kanan).
Gaya ini juga mendapat sambutan hangat dalam kalangan penulis blog, sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Dengan susun atur tiga jalur, anda boleh mengatur kandungan blog anda dengan lebih kemas. Sebagai contoh, anda boleh mengumpulkan semua entri blog anda pada satu lajur, semua iklan anda yang melambak-lambak itu (AdSense, Nuffnang, Advertlets, bla bla…, tamak betul anda ya?) ke dalam satu lajur, dan semua wijet panas masa kini (komentator teraktif, kiriman terkini, jam, ramalan cuaca) pada satu lajur.
Menulis blog dengan WordPress adalah amat menyeronokkan. Akan tetapi, jika anda baru sahaja memasang WordPress dalam komputer pelayan anda, anda mesti perasan bahawa ia didatangkan dengan rupa asal yang agak minimal—hanya mempunyai dua lajur. Namun begitu, jangan bimbang, ketahuilah bahawa antara kekuatan WordPress ialah pada kebolehubahsuaiannya (ke-boleh-ubah-suai-an, panjangnya perkataan ini, celaka betul). Terdapat beribu-ribu tema WordPress yang boleh didapati di laman tema WordPress yang boleh dimuat turun dengan percuma dan digunakan secara bebas, contohnya. Itu baru sahaja yang rasmi dan percuma, tidak termasuk tema yang dihasilkan secara komersial.
Tergila-gilakan rupa tiga lajur? Mashable.com menyenaraikan 30 tema WordPress tiga lajur terpopular, semuanya boleh dimuat turun secara percuma.
Sebahagian daripada siri: Pautan, Reka bentuk, WordPress
Komentar
2 komen
kene kat aku eh? ha ha
No komen. o_O