WordPress 2.2
16 Mei 2007
Pengumuman – WordPress versi 2.2 (digelar “Getz”) sudah dikeluarkan secara rasmi. Anda boleh dapatkannya sementara masih panas di WordPress.org.
Antara ciri terbaru yang paling menonjol dalam keluaran WordPress ini ialah widgets – anda boleh mengubah suai sidebar mengikut kesukaan anda. Selain itu terdapat juga beberapa pertambahan kecil lain (yang aku pun sebenarnya tak mahu ambil kisah).
Proses penterjemahan kepada bahasa Melayu sedang giat dijalankan. Nantikan pengumumannya dalam kiriman yang akan datang.
Sebahagian daripada siri: WordPress