Ubuntu Muslim Edition
30 September 2007
Minta maaf ya kerana sudah sekian lama tidak mengemaskinikan blog ini. Sejak kebelakangan ini, saya sibuk dengan perkara-perkara lain. Pada entri kali ini, saya sempat mengambil peluang untuk meninjau Ubuntu Muslim Edition.
Secara ringkas, Ubuntu Muslim Edition, atau pendeknya UbuntuME, ialah sebuah edaran Linux yang dibina berdasarkan Ubuntu dan disesuaikan sebagai sebuah sistem pengendalian bercirikan Muslim. Ia mula dikeluarkan secara rasmi bersempena kedatangan bulan Ramadan yang diberkati ini. Berikut adalah beberapa cekupan skrin:

GNU Boot Loader (GRUB) yang muncul sebaik sahaja komputer dihidupkan—menggunakan latar belakang Masjid Nabawi di Madinah

Paparan log masuk GDM

Persekitaran Ubuntu ME
Lebih daripada sekadar rupa
Ubuntu Muslim Edition adalah pelengkap kepada komputer peribadi seorang Muslim. Berikut adalah antara perisian tambahan yang dipasang:
Kalendar Islam

UbuntuME telah disepadukan dengan kalendar Hijrah Islam. Berapa haribulankah hari ini dalam tarikh Islam?
Web Content Control – Kawal akses Internet

Web Content Control ialah sebuah perisian ringkas yang boleh menyekat tapak-tapak web tertentu daripada dibuka. Perisian ini amat sesuai jika anda tidak mahu ahli keluarga anda menggunakan komputer anda untuk melayari tapak-tapak web yang “tidak berpatutan”, sama ada secara sengaja atau tidak.
Zekr – Perisian Quran sumber terbuka

Zekr ialah sebuah perisian al-Quran yang lengkap. Ia memiliki ciri tafsir dan carian.
Minbar – Pengingat waktu solat

Minbar ialah sebuah perisian waktu solat yang boleh menghitung waktu-waktu solat di seluruh dunia. Anda boleh menetapkannya supaya memainkan suara azan di sistem audio komputer apabila masuk waktu solat. (Kalau boleh azan untuk kejutkan sahur pun bagus juga, hehe.)
Dan, yang paling bagus, Ubuntu Muslim Edition boleh dimuat turun secara percuma melalui alamat http://www.ubuntume.com/.
KEMAS KINI: Arahan pemasangan yang ringkas (dalam bahasa Indonesia) boleh didapati di alamat http://labscom461.multiply.com/journal/item/12/Ubuntu_7.10_Muslim_Edition.
Sebahagian daripada siri: Sumber Terbuka
Komentar
9 komen
cOp.. nk mintak budi baik mu aviator, nk install menda alah ni.. bila aku balik tanta nnt.. :p
serius ni
gi..dah ade ke ngan kau?sedut la,nanti boleh aku nak install kat pc kat umah…hahha
Erk.
Thanks bro for sharing
Terima kasih.. menarik n bail utk dikongsi
terima kasih..best info…aku selali usya ununtu biase je..pasni,leh tgk2 ubuntume ni…
Assalamualaikum… macam menarik je os nie… tp x brapa reti nak guna… bagus la sapa yang buat… smoga Allah memberi ganjaran kepada dia di akhirat kelak…(sekiranya muslim) amin… macam mana nk guna ubuntu nie?? bila dah install ubuntu nie, boleh x install ms. office mcm biasa?? software utk windows boleh x guna utk ubuntu??? cthnya: antivirus, photoshop, sony dll yg digunakan dlm windows…
terima kasih.. wassalam…
Untuk pengetahuan saudara mofir86, Linux diusahakan oleh sekumpulan sukarelawan dari seluruh dunia. Hasrat mereka ialah menghasilkan sebuah sistem pengendalian sumber terbuka (open source operating system) yang lengkap.
Ubuntu didatangkan dengan pelbagai perisian sumber terbuka alternatif bagi perisian-perisian yang anda sebut di atas. Contohnya, anda boleh menggunakan OpenOffice.org untuk kerja-kerja pejabat, GIMP sebagai ganti Photoshop, Firefox sebagai ganti Internet Explorer dll. Semuanya boleh didapati secara percuma.
salamz.. Menarik sgt2 bnda ni..nk download..but terlalu bnyak bnda..xphm..tlg..g taw detail cne nk download nih.. n..ape ketan ngan ms.office plak…?