Sahabatku seorang selebriti Friendster

27 Ogos 2007

Shanlah Bekdono

Sahabatku, Shanlah Bekdono, seorang perempuan tunggal berumur 18 tahun, sudah ketagih Friendster. Tidak pernah berhenti menghadap komputer selain daripada mahu memuaskan keperluan peribadi (makan, sembahyang). Kalau tinggal lima minit pun sudah menunjukkan tanda-tanda withdrawal symptoms. Nasib baik ada juga N70 yang dilengkapi dengan sambungan GPRS. Dapatlah balas komen kalau kafe Internet sudah penuh. Kalau tak, terpaksalah beliau menjalani terapi pemulihan.

Kawan beliau taklah ramai sangat, ada lah sekitar 150, tapi komennya wahhhhhhh, nak sampai seribu! Populariti Shanlah sudah tersebar luas, sehinggakan ke Filipina. Gambar-gambar beliau sudah dihujani komen-komen dalam bahasa asing yang beliau sendiri tak faham apa maksudnya.

Kali terakhir saya berjumpa dengan Shanlah, beliau sedang menjalani terapi pelurusan rambut. Bila ditanya, beliau menjawab, “aku sudah mahu menjadi selebriti.” Haha, aku doakan supaya kau berjaya, Shanlah!

Kepada Shanlah, selamat menaiki tangga kemasyhuran!

Nota: Kepada pengunjung yang tidak boleh melihat profil penuh Shanlah (terpaksa dikunci kerana dibanjiri komen), saya sudah membuat page capture di sini dan di sini. Tapi jangan beritahu Shanlah pula ya!

Sebahagian daripada siri: Cebisan

Komentar

8 komen

  1. MHarizDotCom berkata pada 27 Ogos 2007, 3:06 pm:

    Eehhhh…. betul ke kau belajar kat Mesir nii. ambik subjet apa kat sana tuu…. macam tak logik jeee kalau ambil subjet IT kat Mesir tu ke subjet lain… Ussulluddin kee !!!

  2. Aviator berkata pada 28 Ogos 2007, 2:28 am:

    Tiada kaitan dengan kiriman di atas?

    Ya, aku belajar di Mesir, tapi aku tak pernah kata yang aku ambil subjek IT di sini.

  3. farizz berkata pada 31 Ogos 2007, 7:57 am:

    wEi bIlo mU nOk bAliknyo? dOh lA xmAsok!!! 3 mInggu dOh…bAlik cCepat lA wEi….

  4. sHanLah berkata pada 31 Ogos 2007, 8:00 am:

    taik mu miji!!hahahahaa!!!tolo mu!!!ayat mu macam….

  5. Aviator berkata pada 31 Ogos 2007, 8:21 am:

    @farizz
    Bukan ada time kau masak, tapi kau cabut. Ha, ingat? Ingat?

    @sHanLah
    Aku boring la.. haha.. Welcome to my blog.

  6. al-Qadiri berkata pada 20 September 2007, 9:00 am:

    ado gmbr aku la.. tumpang glemer

  7. anis harun berkata pada 23 Januari 2008, 7:34 am:

    mcm kenal muka bdk pelek ni…mcm pernah dgr nm bdk pelek ni…hmm…

  8. ikem berkata pada 14 November 2008, 7:47 pm:

    huh…..
    glamour shanlah skang…
    patutlah dah tak layan aku.

Apa kata anda?