Sebarkan angka ini
2 Mei 2007
09 F9 11 02 9D 74 E3 5B D8 41 56 C5 63 56 88 C0
Nota: Ini adalah nombor asas 16 (hexadecimal).
Ini ialah angka yang paling kontroversi pada abad ini.
Digg menjadi kacau bilau pada hari semalam (1 Mei). Hampir semua story yang dikirim adalah berkisar tentang angka ini (lihat screenshot di laman ini). Kakitangan Digg telah pun memberitahu bahawa angka ini tidak boleh disiarkan dan harus dibuang. Mereka sibuk membuang mana-mana story yang mempunyai angka ini, sehinggakan menutup akaun pengguna yang terlibat. Tindakan ini membangkitkan kemarahan dan pemberontakan pengguna. Mereka terus mengirim story-story baru. Akhir sekali, kerana sedar bahawa keadaan menjadi bertambah buruk, Kevin Rose (pengasas Digg) mengambil tindakan drastik dengan mengaku kalah dan meminta maaf:
“…after seeing hundreds of stories and reading thousands of comments, you’ve made it clear. You’d rather see Digg go down fighting than bow down to a bigger company. We hear you, and effective immediately we won’t delete stories or comments containing the code and will deal with whatever the consequences might be.
“If we lose, then what the hell, at least we died trying…”
Kemudian beliau sendiri menghantar story baru ke dalam Digg bagi menggantikan story-story lama yang telah dibuang. Secara serta-merta, story ini mempunyai bilangan “digg” (undian pengguna) paling tinggi: melebihi 18000.
Bukan setakat Digg, gara-gara angka ini, laman web reddit.com pun menjadi huru hara. Kebanyakan topik yang dikirim oleh pengguna adalah tentang angka ini juga. Topik-topik ini terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna.
Wikipedia juga menjadi target serangan pengguna. Artikel 09 F9 11 02 9D 74 E3 5B D8 41 56 C5 63 56 88 C0 telah dikunci oleh para pentadbir; para pengguna sudah tidak boleh menyunting kandungannya. Laman “talk” (perbincangan) juga telah dikunci. Semua entri dalam “history” (sejarah) telah dihapuskan.
Ada juga domain Internet yang didaftar dengan angka ini. Sayangnya domain ini juga telah ditutup.
Seorang pengguna mencipta sebuah laman di Google Notebook yang mengandungi angka ini. Kemudian beliau menerima e-mel daripada Google yang mengarahkan supaya angka tersebut dibuang daripada laman tersebut. Beliau pun mencipta sebuah blog baru (entangledstate.wordpress.com) di WordPress.com, dan di dalam blog tersebut beliau menceritakan kisahnya dengan Google — angka tersebut juga disertakan sekali. Kalau anda cuba membuka blog ini, anda akan melihat notis yang mengatakan bahawa blog tersebut sudah ditutup (oleh siapa???). Walau bagaimanapun, anda masih boleh melihat cache (simpanan) oleh Google di sini selagi sempat.
Ada juga t-shirt dengan angka ini bercetak di hadapan dan dijual dengan harga USD8.99. Walau bagaimanapun, saya tak tahu sama ada penjualannya diharamkan atau tidak.
Kegilaan semakin menjadi-jadi. Tak kira apa jua halangan, para pengguna Internet tetap juga berusaha menyebarkan angka ini. Ketika ini semua pengguna Internet dari seluruh dunia menyiarkan angka ini dalam laman web dan blog masing-masing dan cuba menyebarkannya kepada orang lain (lihat pautan-pautan yang terdapat di laman blog ini).
Cari sahaja di dalam Google. Masukkan “09 F9 11 02 9D 74 E3 5B D8 41 56 C5 63 56 88 C0″ dan klik Search. Jumlah keputusan carian: 298,000. Update: Saya search sekali lagi di Google pada 3 Mei dan hasilnya meningkat kepada 321,000.
Ada yang menggubah lagu berdasarkan angka ini. Ada yang mengarang puisi khas untuk angka ini. Ada yang membina sebuah atur cara khas dalam assembly untuk angka ini. Ada juga yang menulis sebuah teka teki. Jawapannya ialah angka ini. Ada juga yang menjadikan nombor ini sebagai tatu di tubuhnya (lihat). Gila.
Ada juga yang menukarkan angka ini kepada pelbagai bentuk asas:
- Asas 64 — CfkRAp1041vYQVbFY1aIwA
- Asas 10 — 13 256 278 887 989 457 651 018 865 901 401 704 640
- Asas 2 — 1001 11111001 00010001 00000010 10011101 01110100 11100011 01011011 11011000 01000001 01010110 11000101 01100011 01010110 10001000 11000000
- Asas 13 256 278 887 989 457 651 018 865 901 401 704 640 — 10 !!!
Angka ini juga DIHAFAL!
Kata putus: Tak kira sejauh mana usaha menyekat penyebaran angka ini dilakukan, perjuangan ini tidak akan dihentikan.
Bagi yang tidak mengikuti perkembangan, 09 F9 11 02 9D 74 E3 5B D8 41 56 C5 63 56 88 C0 ialah kunci penyulitan (encryption key) untuk mengekod data dalam HD-DVD yang telah dilindungi menggunakan teknologi AACS. Kunci ini telah berjaya di-crack oleh seorang hacker, muslix64, dan disebarkan secara online. Dengan angka ini, seseorang boleh menyahkod dan menyalin data yang copy-protected dalam HD-DVD. Persatuan Filem Amerika, MPAA, yang terkenal dengan usahanya membanteras kegiatan penyebaran filem cetak rompak (khususnya torrent) di Internet, menuntut bahawa angka ini adalah hak cipta, sebuah harta intelek, oleh itu ia tidak boleh disebarkan tanpa kebenaran. Antara usaha yang dilakukan oleh MPAA ialah mengarahkan laman-laman web yang user-powered seperti Digg supaya membuang mana-mana entri yang mempunyai angka ini. Kalau tidak, mereka akan di-ban di bawah kuasa undang-undang.
Sebahagian daripada siri: Rencana
Komentar
3 komen
Memang menarik ulasan ni.. tahniah bro.. teruja membaca
Terima kasih…
Terkini: Saya telah search sekali dalam Google, (4 Mei) dan jumlahnya meningkat kepada 1,020,000.
sudah mencecah jutaan..