Safari untuk Windows

17 Jun 2007

Berita gembira untuk penagih Internet dan pembangun web: pelayar web Safari sudah pun dialihkan ke dalam platform Windows.

Safari ialah sebuah pelayar web yang asalnya dibina oleh Apple Inc. untuk disertakan sekali dengan sistem pengoperasian Mac OS X. Perisian ini menggunakan enjin persembahan sumber terbuka berdasarkan KHTML milik Konqueror; oleh itu, tak seperti Internet Explorer, ia amat patuh kepada spesifikasi standard web (seperti XHTML dan CSS). Safari juga dilaporkan beroperasi lebih pantas daripada Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox. Bermula dari pelancarannya pada awal tahun 2003, pelayar web ini menjadi amat popular dalam kalangan pengguna Mac OS X.

Saya sendiri sudah mencuba Safari dan agak berpuas hati dengannya. Ini screenshot yang saya ambil (perhatikan bahawa ia menggunakan enjin paparan Mac OS X seperti scrollbar dan font-smoothing):

Safari

Cuba Safari sekarang melalui pautan ini: http://www.apple.com/safari

Keputusan Apple untuk mengeluarkan pelayar web mereka untuk platform Windows hanyalah salah satu daripada kejutan-kejutan yang tidak berkesudahan daripada Apple. Antara produk mereka yang juga dijangka “meletup” pada tahun ini ialah;

Sila tonton keynote daripada Steve Jobs untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk terbaru ini. Oh ya, Apple kini mempunyai web reka bentuk baru.

Kemas kini: Sebuah rencana tentang Safari sudah pun diterbitkan dalam Berita Harian pada 25 Jun 2007.

Sebahagian daripada siri: Pembangunan web, Perisian

Apa kata anda?