Manjalara: ketagih dan jemu

12 September 2007

Lara

“Kau tak kenal aku? Dulu akulah Manja, si budak gemuk gedempol yang selalu menjadi bahan ejekan kawan-kawan aku. Tapi, setelah berusaha dengan gigih, aku berjaya mengubah rupa dan personaliti (lebih pantas daripada robot-robot dalam Transformers). Nama aku sekarang Lara, tapi kalau kau nak panggil Femme Fatale pun aku tak kisah. Wahaha.”

Sebut saja “Manjalara”, pasti semua orang tahu, siri drama TV3 yang cukup hebat. Siapa tak terpukau dengan lakonan mantap pelakon-pelakon popular seperti Sheila Rusly, Mustapha Kamal, Jehan Miskin, Abby Abadi. Drama ini menampilkan bakat segar Emelda Rosmila yang memegang watak Manja, si budak gemuk bersifat kebudak-budakan yang disayangi oleh semua orang, tak kurang juga didengki dan dibenci.

Berikut adalah beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai Manjalara:

  1. Nama Manjalara digunakan sempena ibu kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Makche Manjelara. Sebuah bandar dengan nama yang sama—Bandar Manjalara—wujud di Kuala Lumpur.
  2. Pelakon watak Manja, Emelda Rosmila diberi tempoh dua minggu sebelum penggambaran untuk menaikkan berat badan daripada 47 kg kepada 57 kg.
  3. Walauwup diminati ramai, siri ini sebenarnya diadaptasikan daripada sebuah telenovela popular dari Venezuela, Mi Gordo Bella. Pengarah siri ini, Khabir Bhatia, juga pernah mencedok daripada Love Actually dalam menghasilkan filem Cinta.
  4. Tiada satu watak pun boleh menyebut “congratulations” dengan betul.
  5. Setiap babak pertemuan kali pertama antara watak yang membawa kepada cinta adalah melibatkan kemalangan, contohnya terlanggar, terjatuh, tergelincir dan sebagainya.
  6. Ketika masih gemuk, Manja tak pernah memakai baju lengan pendek.
  7. Tak kira oleh sesiapa, panjang sebutan ayat yang mempunyai perkataan tunggal seperti “please” dan “sorry” pasti tidak kurang daripada empat harakat. Walau bagaimanapun, sindrom ini makin berkurangan apabila Manja lari ke Cape Town.

Sebahagian daripada siri: Cebisan

Komentar

2 komen

  1. al-Qadiri berkata pada 20 September 2007, 8:50 am:

    mana ko dpt info ni miji?

    congrat!! (terpengaruh dgn drama ni)

  2. Fareez berkata pada 5 Mei 2008, 7:34 pm:

    Saya merupakan salah seorang fanatix manjalara…..

Apa kata anda?