Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2009
31 January 2009
Saya berpeluang melawat Pesta Buku Antarabangsa Kaherah yang ke-41. Pesta ini merupakan pameran buku tahunan yang diadakan di Pusat Seminar Antarabangsa Kaherah (CICC), Salah Salem. kali ini Pesta ini diadakan sebaik sahaja tamat musim peperiksaan Al-Azhar, bermula dari 22 Januari sehingga 5 Februari. Setiap syarikat penerbit buku tempatan dan luar negara akan berkumpul setiap tahun untuk menjual buku terbitan masing-masing. Buku-buku ini diberi diskaun, dan pelajar Al-Azhar mendapat diskaun tambahan. Terdapat pelbagai jenis buku yang merangkumi semua topik, termasuk kitab-kitab agama (turath mahupun moden), buku-buku Arab dan buku-buku import. Kesemua buku ini boleh didapatkan dengan harga yang murah sekali (sayangnya buku import masih mahal walaupun selepas ditolak harga diskaun).
Lihat juga:
Sebahagian daripada siri: Fotografi, Peribadi
























































Komentar
2 komen
hm… setahun skali. g, kalu ambo ado duit… ambo kirim ddemo kitab suh beli.. banyok kitab nok beli ni.
thailand pon tak lepas lagi.. apatah lagi kaherah