Jangan gunakan “klik di sini” sebagai teks pautan

12 Mei 2007

Petua ini aku ambil daripada laman web W3C.

Antara kesilapan umum penulis web (termasuk aku???) ialah menggunakan ayat perintah atau frasa kata kerja untuk dijadikan sebagai pautan. Sebagai contoh:

Klik di sini untuk melihat blog aku!

Anda tak perlu suruh pengguna untuk klik di situ. Si pengguna boleh klik sendiri. Sebaliknya, kaedah yang lebih digalakkan ialah menggunakan teks yang ringkas dan menggambarkan hala pautan tersebut:

Mari lihat blog aku!

Sebabnya: Sesebuah laman web tidak dihadkan paparannya pada pelayar web sahaja. Pengguna mungkin mencetak laman web anda atau menggunakannya sebagai bahan dalam media lain. Andai laman web anda ditecak pada kertas, ayat “klik di sini” sudah memberi maksud yang tidak masuk akal! Tak munasabah kalau penulis menyuruh pembaca mengklik di atas kertas!

Sebahagian daripada siri: Petua, Reka bentuk

Komentar

3 komen

  1. Bat berkata:

    alamak, aku pun terlalu kerap buat macam tu..Tapi memang logik la kan, kalau orang print ..hehe..Terima kasih..InsyaAllah lepas ni tobat dah tak buat lagi..

  2. mohdismail berkata:

    baek’lah.. :)

  3. versimelayu berkata:

    ada betol.. aku selalu gak guna ayat klik sini.. huhu.. simple & good info..

Apa kata anda?