Jadi anda nak ambil Add Math

20 April 2007

Jadi anda nak ambil Add Math

Anda dianggap sebagai salah seorang pelajar yang pandai Math dalam kelas. Anda pernah membelek koleksi soalan-soalan Add Math dan tertarik dengan cara pengiraannya. Dan sekarang, jauh dari sudut kecil di hati, anda fikir Add Math adalah sebuah subjek yang menarik untuk dipelajari. Hey, anda boleh tambah lagi satu A1 dalam result SPM nanti! Mengharumkan nama sekolah, atau tunjuk hebat di depan saudara mara dari sekolah Sains! Ya, macam idea menarik!

Jadi anda pun menuju ke Pustaka Seri Intan, membeli beberapa buah buku seperti “Siri Analisis Cemerlang Matematik Tambahan” dan “Skor A Matematik Tambahan Dengan Lebih 2000 Contoh Soalan”. Lagipun, anda telah menghafal beberapa formula dalam Add Math. Sambil kagum dengan kebolehan sendiri, anda mula fikir: “Mungkin satu hari nanti aku boleh menjadi pelajar cemerlang dalam subjek Add Math! Betul, tak?”

SALAH.

Saya tak kira berapa banyak soalan Math pun telah anda buat, berapa orang kawan telah anda bantu, atau berapa banyak buku rujukan telah anda baca, anda masih belum kenal Add Math. Jangan mudah tertipu dengan nasihat abang-abang untuk ambil Add Math. Bukan itu sahaja, menguasai subjek ini langsung TIDAK menyeronokkan dan tidak munasabah. Pengasas simbol “infiniti” contohnya, sering bercakap sendirian dan dipercayai mengalami penyakit ilusi. Anda faham maksud saya.

Dan kerana meluat melihat terlalu banyak biri-biri yang berebut untuk disembelih, saya telah mencipta TIPS Sebenar untuk belajar Add Math. Atau, dalam hal ini, untuk TIDAK belajar Add Math.

SEBAB PERTAMA: Add Math terlalu payah

Ini memang sangat jelas. Bukan sahaja amat payah, malahan Add Math adalah antara subjek yang paling memeningkan kepala. Dengan 21 topik yang berasingan (tiada satu pun yang masuk akal), ribuan teori yang langsung tidak berguna, formula dan rumus yang mengelirukan, Add Math sebenarnya boleh dikategorikan antara subjek yang membahayakan kesihatan. Mari kita kaji secara lebih mendalam tentang beberapa topik asas dalam Add Math.

Komponen Algebra adalah komponen yang paling banyak diterapkan dalam Add Math. Malahan hampir setiap soalan dalam Add Math menggunakan taktik algebra untuk mengelirukan anda. Add Math memperkenalkan teori-teori baru yang merupakan lanjutan dari Modern Math tetapi amat berlainan. Sebagai contoh, dalam tajuk Fungsi, y dikenali dengan simbol f(x), dan boleh digubah, disongsang, dikacuk, dan dievolusikan kepada fungsi baru yang lebih berbahaya.

Dalam Persamaan Serentak, pemboleh ubah x dan y disamakan dalam dua persamaan: linear dan kuadratik. Ini bermakna anda perlu menyelesaikan persamaan kuadratik terlebih dahulu, baru gantikan nilai-nilai dalam persamaan linear. Jika anda ikuti semua langkah dengan betul, maka anda akan memperoleh EMPAT jawapan bagi soalan tersebut. Tetapi jika nasib anda tak berapa baik, anda berkemungkinan akan berakhir dengan LAPAN jawapan yang berbeza dari jawapan sebenar.

Indeks pula memperkenalkan simbol baru, LOG, yang mana merupakan lawan bagi indeks, dan mempunyai hukum-hukum yang berbeza tapi lebih mengancam nyawa. Simbol ini dianggap sebagai pembawa migrain bagi kebanyakan pelajar, dan jika anda tidak dapat menjawab soalan LOG, itu perkara biasa saja. Anda pun terus “LOG gitu jah” dan “buat loLOG tok tahu” (LOGhat Kelantan bermaksud “biarkan sahaja” dan “berpura-pura tak tahu”).

Kalkulus pula adalah topik yang paling menakutkan dalam Add Math. Pembezaan mengemukakan teori had (dengan tiada motif munasabah), dan ’secara ajaibnya’ dapat menukarkan persamaan garis lengkung kepada persamaan kecerunan. Pengamiran pula adalah lawan bagi pembezaan dan secara ajaibnya pula dapat menukarkan persamaan garis lengkung kepada persamaan luas. Kebanyakan pelajar mengelak tajuk kalkulus, kerana ia boleh ‘mencerunkan muka dan meluaskan mulut yang ternganga’.

Percaya atau tidak, ini baru saja permulaan.

SEBAB KEDUA: Kertas peperiksaan

Kertas peperiksaan Add Math sebagaimana kata sesetengah pelajar adalah “mencabar”, yang mana bermaksud “memeningkan” dan dalam keadaan tertentu kita boleh kata “+18SG”. Penggubal soalan gemar menggunakan ‘taktik serangan algebra’ dalam membuat soalan, dan adakalanya menggabungkan dua atau lebih topik dalam Add Math.

Lembaga Peperiksaan Malaysia memperkenalkan Format Pentaksiran dalam Add Math bermula pada tahun 2003. Format ini tidak jauh bezanya dari format lama, cuma satu perkara nampak ketara: Dwibahasa. Setiap soalan diulang pada muka surat sebelahnya dengan Bahasa Ibunda Bahasa Ingeris. Ia terbahagi kepada dua kertas, dan anda jangan harap nak tembak kerana dalam Add Math TIADA soalan objektif. Bukan itu sahaja, soalan dalam Kertas 2 adalah terlalu rumit sehingga jalan kira bagi SATU soalan boleh memenuhi SELURUH muka surat.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Lembaga telah mengubahsuai graf keputusan Add Math supaya para calon ‘lebih mudah’ untuk mendapat A1 tapi juga lebih mudah untuk gagal. Jadi anda boleh meramal keputusan Add Math berdasarkan kebolehan anda untuk menjawab. Jika anda boleh menjawab semuanya, anda boleh digolongkan dalam ‘kategori selamat’. Tapi jika anda rasa anda boleh jawab ‘cukup-cukup makan’ saja, katakan saja anda gagal.

SEBAB KETIGA: Rakan-rakan sekelas

Seolah-seolah belajar Add Math sama macam goreng kacang, kelas Add Math lebih cenderung untuk menarik minat jenis-jenis pelajar yang selalu membuatkan anda mahu mati dengan segera. Terdapat tiga kategori utama pelajar kelas Add Math yang boleh anda temui: Taksub, Serba Tahu, dan Rusa Masuk Kampung.

Pelajar kategori Taksub adalah yang paling banyak dijumpai, dan yang paling menyerabutkan. Biasanya pelajar jenis ini boleh dikenalpasti dengan tanda-tanda berikut: mereka selalu buat latihan, bergantung 100% kepada kalkulator dan lampiran jawapan, mereka-reka jalan kira sendiri, dan biasanya gagal dalam peperiksaan. Mereka tidak puas menjawab satu-satu soalan sehingga mendapat jawapan tepat, dan jika tidak, mereka akan merujuk kepada anda (kadang-kadang tergamak mengejutkan anda pada pukul 3 pagi), dan jika anda juga tidak dapat jawab, maka mereka berjaya membuktikan bahawa anda tidak jauh berbeza dari segi IQ.

Pelajar Serba Tahu tidak kurang juga kerenahnya. Anda biasanya boleh melihat beberapa tanda amaran untuk mengenalpasti pelajar jenis ini sebelum terlambat: pantang mengalah, suka buat lawak bodoh, suka menyampuk, suka tanya anda soalan yang bukan-bukan seolah-olah dia tahu dan anda tidak tahu, dan biasanya gagal. Mereka suka tunjuk kebolehan sendiri (satu contoh popular: menguji kebodohan anda dengan soalan payah sehingga anda mengalah, kemudian menjawab soalan tersebut dengan tepat dan selambanya di depan anda), dan banyak lagi fiil yang anda tidak mahu ambil kisah.

Rusa Masuk Kampung pula adalah jenis pelajar yang ambil Add Math sama ada kerana a) bunyinya menyeronokkan, b) mereka ingat ia amat mudah, atau c) ingin mencantikkan slip keputusan SPM. Mereka langsung buat tidak kisah dan hanya membaca pada malam peperiksaan. Pelajar jenis ini mula gugup sebaik sahaja kelas bermula, kerana apa yang ada dalam kepala otak mereka ialah masa depan mereka akan hancur tak lama lagi. Lebih baik anda jangan beri mereka peluang untuk meniru anda dalam peperiksaan, kerana jika tidak, mereka akan terus membazirkan masa dan tenaga anda dari mula peperiksaan hingga masa tamat dan menghancurkan hidup anda pula.

Walaupun ramai calon Add Math di luar sana adalah pelajar yang bijak dan rajin, tiada satu pun yang akan berada dalam kelas anda.

Kesimpulan

Jika anda berjaya mengharungi semua kepayahan, kertas peperiksaan, dan melayani rakan-rakan anda, anda mungkin akan menyedari Add Math adalah subjek yang amat seronok untuk dipelajari. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang boleh jamin, kerana setakat ini belum pernah ada pun yang sampai ke tahap itu. Tapi, saya pasti anda ‘lain dari yang lain’.

P/S: Artikel ini, walaupun dipenuhi fakta-fakta benar, adalah gurauan semata-mata, dan tidak ada kaitan dengan mana-mana calon Add Math. Saya sendiri ambil Add Math, dan walaupun saya telah bersusah payah menguasainya, saya tetap suka Add Math, dan saya fikir tak salah kalau anda ingin mencubanya.

Bersedialah untuk hidup terseksa.

SELAMAT BELAJAR!!!

Sebahagian daripada siri: Rencana

Komentar

105 komen

  1. Nazrul berkata:

    satu artikel yang best untuk dibaca.. khas untuk student form 4..hehehe

  2. Mohd Syafiq Mahali berkata:

    Adik,

    Untuk pengetahuan adik, Add Math yang disebutkan ini adalah asas untuk setiap matapelajaran Kejuruteraan, terutamanya Kejuruteraan Mekanikal, manakala Kejuruteraan Elektronik, Elektrik lebih menjurus kepada topik matematik seperti no khayalan dan Matriks.

    Sekiranya Adik berminat dalam bidang-bidang kejuruteraan khasnya Kejuruteraan Mekanikal semua subjek yang bakal diambil dalam tahun ke-2 semuanya melibatkan kalkulus, seperti Mekanik Bendalir, Thermodynamic, Dynamic dan sebagainya.

    Memang betul sekira adik tidak dapat memahami konsep Pembezaan Pertama, memang akan mendapati Kalkulus susah.

    Harap adik tidak akan melupakan yang SPM itu adalah tangga terpenting dalam kehidupan seorang remaja di Malaysia.

    Di peringkat SPM lah adik dapat menentukan kerjaya adik suatu hari nanti. Kalau seorang doktor, gajinya mungkin lumayan menjangkau RM6000 , seorang pekerja 7-11 hanya mendapat RM750 sahaja sebulan. Macam mana nak beli kereta, rumah dan beri makan kepada anak orang (berkahwin). Seorang juruteknik pula mendapat RM1500. Tak cukup dik, percayalah. Cuba tanya setiap orang dewasa yang dah bekerja akan lebih rela menghadapi peringkat sekolah tingkatan 4 & 5 sepanjang hidupnya sampai mati pasal kitaorg dewasa semua terseksa bayar duit keter siotttttttt.

    Belajar rajin2 untuk adik dapat kerja dengan gaji lumayan, dapat pasangan hidup yang dihajati. Siapa nak kahwin dengan orang gaji linkungan RM1200 sebulan zaman sekarang ni………

  3. Dios Berantogis berkata:

    salam … pada aku artikle ini memang seronok dibaca .. tetapi merupakan satu lelucon yang maha pengarut dan merosakkan minda …..

    kepada yang tidak memahami memang menganggap add math susah …. add math mengarut tak ada motif … tetapi bila anda sudah faham .. apa itu kira kira … seronoknya bermain dengan kira kira … baru anda bersyukur .. anda diketemukan dengan keseronokan sebegini .. yang boleh membawa anda jauh kehadapan …

    pada peringkat spm .. mungkin kita belum nampak .. tetapi bila sampai peringkat lebih tinggi kita akan merasa nikmatnya … bayangkan .. apa yang kita kira secara tiori .. congak diatas kertas …. hampir tepat pada keputusan praktikal kita …

    sebagai contoh .. kerosakan yang bakal terjadi pada sebiji tembikai yang dijatuhkan pada ketinggian 20 meter …

    apa bila kita kira dengan ketinggian , berat tembikai …. dan beberapa faktor lain … jawapannya .. hampir sama dengan ujian yang kita jalankan pada tembikai tadi …. maka disitu kita mendapat sesuatu yang boleh kita anggap ajaib … kerana .. kita dah dapat meramal apa yang bakal berlaku … sebelum kejadian itu berlaku …

    seumpama kita meramal masa depan /… dengan kaedah dan tiori yang tepat … disitu mula datang keseronokan nya ….

    dan kita akan mula mengira dengan bende bende lain … dan pada satu tahap … kita seolah .. bercakap dengan alam .. dengan bahasa kira kira …

    percayalah .. math ini sesuatu yang indah …. permai .. dan menyeronokkan ….. cume perhatian lebih yang perlu kita berikan …. bukan sekadar untuk lulus dalam peperiksaan ….

  4. berry91 berkata:

    artikel ni……………..jahat sangat la…add math amat mudah kalau kita rajin membuat latihan,tetapi sayangnya, apabila mereka melihat soalan addmath mereka terus kata susah..tanpa mencubanya dahulu,…..oleh itu kita harus mencubanya dahulu kerana tidak mustahil anda juda mendapat a1 dalam spm kerana hampir berapa juta calon spm mndpt a1 dalm exam..jangan putus asa…tawakkal kepada ALLAH..insyallah berjaya.

  5. aad_lfcfn berkata:

    beery91: setuju..saya pun form 4 tahun ni dan tak pernah lagi dapat b dalam add math..(maaf: just bagi motivasi kat orang yang belajar add math, bukan nk brag)..apa yang perlu dilakukan adalah mengikut corak prancangan yang cikgu add math dh buat..buat semua soalan yang dbagi, revise, dan yang paling penting skali..buat semua kerja rumah..

  6. budak form 4 berkata:

    math tak susah asalkan buat latihan banyak-banyak, dan harus diingat kita mesti dapat a1 dalam add math supaya senang dapat tawaran ke U

  7. budak form 4 berkata:

    add mt tak susah asalkan buat latihan banyak-banyak….

  8. orang dari U berkata:

    kepada yany tulis artikel jangan nak mengarut, siapa berusaha dia berjaya….

  9. mike shinoda berkata:

    i know that add math subject are so difficult… but dont give up easily… and keep on doing the exercise…. so dont worry… the add math’s grade will going down…. hahahaha

  10. mike shinoda berkata:

    add math is very difficult subject compared to other science subject…… so, your job is try your best for it…

  11. zurhayS berkata:

    hahaha… jadi bodohlah aku kalau ikut cakap kau nie…

  12. abgalai berkata:

    hahaha… miji, pandai kau tarik minat pembaca utk habiskan artikel ni… (aku pon sama)

    kau nk cite pengalaman kau je kan ji? hihi..

    P/S: Artikel ini, walaupun dipenuhi fakta-fakta benar, adalah gurauan semata-mata, dan tidak ada kaitan dengan mana-mana calon Add Math.

  13. Dayah berkata:

    hahah..mg best artikel ni hehe

  14. Asmalina berkata:

    salam miji^^, erm,saye adelah salah se0wg yg akan mengambil add math pd taun 2008 ney…. kiakar sangat2 artikel miji ney…xkering gusi dibuatnyer..hu3^^, tapi miji kene engat bahawa…”mempercayai diri kite lemah sebelum benar2 terbukti kite lemah adalah kelemahan kite yg paling lemah.” dan jikalau miji arif dan bijaksane seperti skrg,miji akan mengetahui bahawa kegagalan kite adalah sama pentingnyer dgn kejayaan2 kiter….salam ukhuwah dari sayer utk miji…. salam^^,

  15. syikin1613 berkata:

    AKUM…

    ADIK2 SEMUA, MEMANG BETUL ADD MATH NIE SUSAH BG ADIK2 TAPI KALU USAHA TAK ADA YG SUSAH.BG AKAK JUGK ADD MATH PN SUSAH TP APA KN DAYA AKAK KENA AMBIL JUGK DLM EXAM.ADIK ,MESTILAH MENCOBA DULU TP KALU ADIK2 BOLEH BUAT TDK MUSTAHIL ADIK BERJAYA.INSYALLAH KALU USAHA ADK AKN BERJAYA N LAST ADK MESTI BERTAWAKAL KPD ALLAH.ALLAH ITU ADIL.SEBELUM AKAK MENGUNDUR DIRI AKAK HRPKN AGR ADK2 SEMUA TDK BERPUTUS ASA.TLG DOAKN KEJAYAAN AKAK JGK.BYE…SLM MESRA KPD ADK2 SEMUA.PEAAACH…

  16. fera berkata:

    add math senang la ntok skor A1.. apesal kowank kate susah?

  17. Keli YZ berkata:

    Teringat KYLE XY…mcm2 boleh dibuat bila pakar add math ni.

  18. kyo berkata:

    nak jd sntist mesti master addmath blajer je!

  19. kyo berkata:

    nak tahu addmath mestilah skor math memudhkan

  20. Anonymous_malaysian berkata:

    beli buku Pelangi(Chong Pak Chong)lah bodoh!!lengkapkan semua latihan dlm buku tu.

    aku dpt A1 dlm addmath senang giler!! banyak benda lagi susah dlm hidup ni dari add math

  21. siti nabilah berkata:

    saya buntu kerana terlalu banyak formula perlu di hafal.. ketika dalam meghadapi peperiksaan formula yg di hafal menjadi blank. tolong saya mengadapi masalah ini. spm sudah menghampiri namun saya kurang persediaan.

  22. mathnizar berkata:

    saya dapat ‘8′ dalam math masa di exam SPM.bukannya addmath,tapi mathmoden… saya dapat melanjutkan pelajaran ke politeknik dalam kos kejuruteraan mekanikal peringkat sijil,dan kawan2 yang lain cakap addmath adalah basic n important dalam kos itu? betul ke?? boleh ka saya berjuang?? anybody pls helpp me!!! saya tak penah pegang or tgok buku addmath,ni kan pula saya akan belajar benda yang berkaitan dgn addmath… kepada sesiapa yang ada pengalaman seperti saya tapi sudah berjaya sila nasihatkan saya..u can emel me at nz_srs@yahoo.com… jasamu dikenang

  23. syafeqah berkata:

    waaaaaa……everything macam terconnect pula sama aku……aku nie tergolong dalam golongan taksub…..ha3….have 2 change the way i study….

  24. blizzard berkata:

    Add Math memang membinggungkan. kepala aku pun dah sonsang sebab nak cope add math. cikgu pun tak kuasa nak marah sebab, memang diakui susah. kalau senang kenapa ada kawan sekelasku dapat 4/200? tak dinafikan add math dpt memberi kepuasan yang tinggi bila dapat solve even one question je.

  25. Marvinus berkata:

    Em, mmg best laa add math.., tp mmg susah laa. Killing chapters are DIFFERENCIATION, INTEGRATION, PERMUTATION & COMBINATION and TRIGONOMETIC FUNCTION.. em, mau banyak latihan baru A1 nie..

  26. Marvinus berkata:

    Kurang siuk laa Projek Admath Tahun 08 ni!! LINEAR LAW tu.. susah pla..

  27. hi berkata:

    i dun think so….i like add maths ….

  28. firdaus agro 1 teknik chenor 2008 berkata:

    alah….add math aku dapat a1 slalu….x de yg payah….yg pnting usaha …..jgn malas…..kaum yang rugi adalah kaum yang pemalas

  29. luqman berkata:

    mmm…add math mana ssah..yg ssahnya bila ssorg tu x nk study.klu ssape kta add math ssah dia tu ada wrong kat mana2 la tu….cuba check blik pada ssape yg kta ssah..add math bkan ssah wei..!!p blik study btul2 bru leh jdi snang…kah4 klu x jdi jgak ang blik minum air rbusan add math…hargh3…kargh3…arghhh3

  30. eyra berkata:

    erm…ni la idop…kne time sgla cabaran dunia smse msh bljr…

  31. darkzz berkata:

    Add math mng ssh klu x bljr……tetapi sng nak skor dlm exam…jd kita kena lah bljr bersungguh2 supaya dpt A1 dlm exam…tetapi kimia lagi ssh dari add math…XP

  32. mira berkata:

    saya tak pasti sama ada gaya saya ini anda katakan belagak mahupun tidak. tetapi pada pendapat saya add math bukanlah suatu bab yang amat susah. apa yang membezakan sesuatu subjek itu susah atau senang adalah kerana mind set seseorang. jadi pada pendapat saya ia senang, maka dengan mudah saya dapat mempelajarinya.ia sebenarnya ada juga hubung kaitnya dengan matematik moden. RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL………

  33. qhoib berkata:

    Askum, kepada smua yg ada.. saya kurang stuju akan apa yang tertulis diatas kerana bagi saya addmath adalah subjek yang seronok & mampu menghidupkan smua sell sell anda yang tlah mati… sbagai seorang plajar form 4, pada awalnya saya sndiri kurang yakin akan subjek ini.. tetapi dgan ketekunan dan berfikiran kreatif kita psti boleh mengubah keaadan… BE SMART IN STUDY & NOT BE A LOOSER..

  34. mia berkata:

    Salam..haih…kaka2 n abg2 nie wt sy tkot lg ad la…huhu..sy dh la tgh kcut prut tunggu rsult pmr nie..apepown pndpt sy,if kte usha,doa n twkal..kte psti akn brjya..lg,aim high n nver give up..hehe..nway,gambate! ^^ ~p/s:doa2knlah kjyaan sy ye..insya-Allah… :D

  35. anon berkata:

    >Sebagai contoh, dalam tajuk Fungsi, y dikenali dengan simbol f(x), dan boleh digubah, disongsang, dikacuk, dan dievolusikan kepada fungsi baru yang lebih berbahaya. >Kebanyakan pelajar mengelak tajuk kalkulus, kerana ia boleh ‘mencerunkan muka dan meluaskan mulut yang ternganga’.

    LOLOLOL

    Add maths ni susah, tapi ade usaha ade result.

    Selamat mencuba.

  36. anonymous berkata:

    semua benda dalam dunia nie susah…malah ada yg lagi susah dr add math….cuma kita sedar atau x…..contoh mcm makan kita perlukan tgn…dan tgn perlukan jari utm mengambil makanan tersebut….bila makanan dah masuk dlm mulut kita perlukan air liur utk mencerna makanan x lupe lidah dan gigi…..bila dah masuk dalam perut perlu lagi enzim2 utk mencerna makanan pastu perlukan villus utk menyerap khasiat dr makanan…utk wujudnya villus perlu ada small intestine….lepas tu nk reabsorb water…perlu ada large intestine…dan dll……so kesimpulannya bersupayahlah dalam kehidupan kerana kesenangan hanya akan muncul selepas kesusahan….jgn lah berduka cita kerana add math ini menyusahkan kerana demikanlah add math diciptakan….

  37. anonymous berkata:

    tips utk berjaya dlm add math bila nampak soalan jgn la kata susah apa2 pun salin soalan tu balik…pastu br buat :)

  38. iqmal berkata:

    di universiti pun ade add maths juga ker???

  39. Keiji berkata:

    dude, jgn r tulis camtu. mmg member sy slalu ckp addmaths susah, pastu diorang kata, “ala, mmg kau dak pandai..” sbnrnya, agak x betul tu. masa form 4, sy slalu fail, tak lepas 40 pun. bile form 5, lepas berusaha habis-habisan, alhamdulillah, lepas gak takat 70. moralnyer, kene la usaha. hak3

  40. Seiichiro Sano berkata:

    hahaha, saya sebenarnya memang setuju dengan saudara, TETAPI awak mungkin tak tahu, atau buat-buat tak tahu, bahawa pensil yang lurus pangkalnya boleh digunakan untuk menulis. maksudnya, awak mesti berusaha di awal permulaan untuk menghadapi kesukaran.

    saya telah buktikan, bahawa semasa tingkatan 4 pertengahan tahun, saya memecahkan rekod sekolah saya untuk Add Math, iaitu 100. akhir tahun, saya mendapat anugerah pelajar Add Math terbaik, dengan markah 85.

    bukan untuk berlagak sombong, tetapi untuk membuktikan bahawa Add Math itu baik punya. rekod Add Math saya tak dapat dipecahkan dari awal tingkatan 4 sampai percubaan SPM, apabila seorang pelajar baru di sekolah saya merampas takhta Add Math saya, dengan perbezaan 7 markah sahaja. saya ingat, saya mendapat A2 dan dia A1, tetapi kami berdua sahaja yang mendapat gred A untuk Add Math.

    sebarang pertanyaan, hubungi ariff_bestari08@yahoo.com

  41. mira berkata:

    em…bg chek..add math ney snang lar gak..tue pun if kita rajin wat latihan and tanya cikgu..tapi kalau kita selalu malas dan kata add math tu susah, of coz add math tue akan jadi susah dan menyusahkan diri kita. so..rajin-rajin lah buat add math.. ^-^

  42. cathyrine berkata:

    addmaths best!!!!!!!if u understand la…haha…my tuition tcher has his own formulae..addmaths bcum vr vr easy!!!

  43. cathyrine berkata:

    addmaths is the best!!!!if u understand lah…my tuition tcher has his own formulae…AM bcum vr vr easy…haha..thx tcher!

  44. siti alia amanna berkata:

    saya nak ambil peperiksaas

  45. tsaqif berkata:

    hohoho.. x-MtaQ eh?

    jadi saya nak ambik addmath! hohoho.

    mula2 tu memang x paham arr wei.. wat loLOG paham arhhh~ n lepas tu putus asa btul ngan addmath! naik f0rm 5 baru OK!

    n golongan2 yang disebut tu memang wujud !… hohoho~

  46. bdk form 5 berkata:

    Huhh!u make my confident level decrease la weiyh!!

  47. Nurul berkata:

    assalammualaikum… miji.. artikel you memang bagus.. teramat bagus sampai students saya (Form 4) dah keluar dari kelas sains.. menangis-nangis tak nak masuk kelas sains.. bila ditanya Add Math susah sangat.. so, saya nak beri nasihat, sesiapa yang suka dengan cabaran dan berusaha tanpa jemu elok ambil Add Math. siapa yang hanya nak belagak toksah pikir buat pecah kepala je ambik subjek ni.. tetapi berdasarkan pengalaman saya di U, add math ni memang membantu sebab apa, orang yang ambik add math di Form 4, 5, muka dia selamber bila nampak macam-macam formula dan pembolehubah.. tapi, budak U yang baru 1st time nampak kalkulus, xyz je dah nganga sampai sebesar gua… heh heh.. pastu yang kesiannya mereka ni kena buat kerja xtra 2 kali ganda sebab nak paham balik apa benda tentang add math..even yang sesimpel y = mx +c; ada jugak kekadang macam buat buat research je…ha.. begitulah budak degree and masters.. ok..selamat maju jaya.. assalammualaikum….

  48. amie_rha put3 berkata:

    artikel yang cukup mengecutkan perut..sy amek spm taun ni..artikel ni wat sy geram n nk buktikan pd penulis yg add math ni juz piece of cake je..btw artikel ni da nek kan semangat sy..tq..doakan spm sy addmath A1 k..salam..

  49. BUDAK_MAAHADTAHFIZ berkata:

    Bagi saya, add math memang x tahu ape ke tujuan kita belajar benda nie disbbkn plbgai teori ‘menamo ghima’ , tapi saya akan tetap ikut bljr dan buat latihan smpai ke periksa SPM dan insyaalllah saya jg ingin merasakan nikmatnya add math nie dan dapat A1 dlm spm 2010 dan mengetahui kpntingannya pd masa hdpan.INSYAALLAH.

    add math mudah, add math senang, add math penting!!! Yakin,berserah,tawakkal……….

  50. Fadzsh berkata:

    pertama sekali saya ingin meminta maaf sekiranya penulis ini tersinggung apabila terbaca pandangan dari saya. saya hairan bila penulis menyatakan bahawa matapelajaran ini tidak munasabah!!!kenapa sedemikian????secara jujurnya saya rasakan penulis tidak terlalu matang dalam bidang mathematics!!!!sebaliknya penulis hanya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap matapelajaran ini.untuk pengetahuan penulis, add math adalah matapelajaran yang sah dan munasabah, kalau adik nak tau, semua formula yang terdapat dalam matapelajaran ini dapat dibuktikan benar, formula itu terbit melalui pembuktian, bukannya melalui cakap omong kosong!!! kalau setakat cakap2 aje, tak guna orang tak percaya, satu lagi formula itu dibuat bukan tuk suka2 je, ada kepentingannya.untuk pengetahuan adik, matapelajarana ini tidak memerlukan kemahiran menghafal yang terlalu sangat seperti sejarah dan biology tu!!!buat apa nak hafal formula kalau kita faham hukum formula tersebut?????adik sendiri boleh buktikan bahawa formula yang dgunakan itu benar mengikut hukum!!!!kalau adik pandai add math, smua formula tu tak payah nak dihafal pun, adik boleh buat sendiri,saya juga hairan bila adik menyatakan bahawa “kami” tak kenal add math, kenapa sedemikian???kalaulah aku tak kenal add math, sudah tentu aku tak boleh membuktikan sesuatu formula, tapi kebanyakan pelajar2 Master dalam bidang math ni memang faham akan ssuatu formula tu, nah sah menunjukkan bahawa kami ini faham akan add math tau!!!!untuk pengetahuan adik juga, kebanyakan profesor,ahli2 saintis dan tokoh2 terkenal, kebanyakannya cenderung untuk bercakap cakap sendirian, ni maksudnya mereka sedang memikirkan sesuatu hal yang berkaitan dgn bidang yang mereka minati, cthnya Albert Einstein tu, dilaporkan bahawa beliau tidak keluar selama beberapa hari dari bilik beliau hanya untuk memirkan kebenaran teori istemewa beliau iaitu “special theory of relativity”(aku minat dia),begitu juga dengan sir isaac newton tu,dengan teori “the universal law of gravitation”…..apa yang bahayanya sekiranya fungsi f(x) itu diubah, dikacuk, disongsang atau sebagainya????adik ada menyatakan kesusahan menyelesaikan persamaan serentak linear dan kuadratik kan, cuba adik fikirkan kenapa persamaan itu tidak semestinya persamaan linear dalam persamaan serentak?????jawapannya kalau adik nak tau, selain daripada graf linear iaitu garis lurus wujud lagi graf lain seperti quadratik, locus, ellips, hyperbola, parabola, cubic dan lain lain, jadi itu sebabnya kenapa persamaan serentak tidak semestinya melibatkan linear dgn linear, atau linear dgn quadratic sahaja, sebaliknya ellips dgn hyperbola juga boleh berlaku, atau sebagainya…….dalam algebra, pengunaan Log ni dah lama da pun, tetapi kenapa adik menyatakan bahawa penggunaan Log adalah simbol yang baru???dalam kalkulus pula adik menyatakan bahawa “Pembezaan mengemukakan teori had (dengan tiada motif munasabah)secara ajaibnya’ dapat menukarkan persamaan garis lengkung kepada persamaan kecerunan” kalau adik nak tau adik telah TERSILAP TAFSIR dgn kalkulus!!!!lebih senang kalau saya menyatakan bahawa adik TIDAK FAHAM LANGSUNG AKAN KALKULUS(kalkulus bab yang paling aku suka selain daripada trigonometi), dalam satu lengkung apabila dx–>0(dx menghampiri kepada 0, iaitu apabila had dx menghampiri 0)nilai x ? x sbb dx–>0,oleh sebab itu dapat kita buktikan bahawa kecerunan satu titik (x,y) dalam satu lengkung ialah dy/dx kepada fungsi lengkung tersebut, dengan syarat peenghampiran dx–>0, nah kan aku betul adik dah silap, penggunaan HAD atau PENGHAMPIRAN DIPERLUKAN DALAM KALKULUS!!!!tapi kenapa adik menyatakan tiada motif munasabah?????kalu adik pandai dalah add math, adik TIDAK semestinya menggunakan SELURUH muka surat bila menjawab soalan kertas 2 tu!!!adik boleh menggunakan hanya 1/4 daripada muka surat!!!!sewaktu aku exam dulu aku cuma guna 1/4 ruang ke dari seluruh muka surat, sbb aku suka ringkaskan ssuatu persamaan, tak yah buat panjang2, bazir masa tau!!!!tips, aku mudah menyelesaikan masalah dalam add math sbb, swaktu seluruh orang Malaysia tengah belajar add math form 4 aku dah belajar Math form 6,dalam math form 6 lagi teruk dari add math form 4,lagi ringkas,itu yang aku suka tu!!!!sampaikan cikgu aku heran dgn aku, dia cakap aku boleh meringkaskan sesuatu persamaan dengan cara yang paling ringkas, kalu orang lain buat 5 langkah tuk ssuatu persamaan aku pula buat 2 langkah je, bukan aku nak tunjuk pandai, tapi mungikin atas minat yang teramat sangat dalam add math sehinggakan aku terpengaruh dgn keringkasan dalam math form 6!!!!kawan2 aku pun heran jgk bila mereka mengetahui bahawa aku dapat A1 setiap kali peperiksaan, dan mereka pernah menganggap aku GILA kerana aku satu satunya pelajar yang mendapat A1 peperiksaan setiap penggal!!!…………..kenapa aku perlu “Bersedialah untuk hidup terseksa”. kalau add math aku da minat macam mana, dan jika itu lah jalan yang aku akan pilih, bagi aku seksaan itu adalah cara untuk aku mengenali dgn lebih mendalam ilmu Math ni!!!!mungkin bodoh untuk terseksa, tapi aku tidak pernah mengenal erti seksaan hanya untuk Math ini!!!!!!!!!!……Bekas Pelajar SPM Add Math A1

  51. Fadzsh berkata:

    pembetulan x ? x sebenarnya x=(menghampiri)x

  52. leng77 berkata:

    EMMM….I’M TEACHING FOR THIS SUBJECT AROUND 4 YEARS.ALL THE TOPICS FROM FUNCTIONS TO INDEX NUMBER FOR FORM 4 AND PROGRESSION UNTIL LINEAR PRORAMMING ARE VERY VERY INTERESTING TOPICS. THATS MY OPINION.HOPE, FOR THIS YEAR – 2009 MY TARGET FOR ALL MY STUDENTS SKMA BANDAR PENAWAR WILL GET A1 AND A2…IDOPPPPPPP ADD MATHSSSSSS……TAK KENAL MAKA TAK CINTA..KENALI DULU GURUNYA BARU ANDA AKAN TAU BETAPA BESTNYA BELAJAR SUBJEK NIEEE……

  53. leng77 berkata:

    CORRECTION SMKA BANDAR PENAWAR…….

  54. leng77 berkata:

    TP SEBENORNYA +MATHS NIE NENGOK GAK LA BUDAK-BUDAKNYA..KALAU MATHS PMR PUN DAPEK D MACAMANE NAK SURVIVE BLAJOR +MATHS. BUDAK AKU TAK MIGRAIN AKU YG MIGRAIN BILE KUO KELASS……UWAAAAAAAAAAAAAA

  55. leng77 berkata:

    PEHHH TAPI AKU AS A TEACHER PUN KDNG2 TAKJUB TGK STUDENTS AKU YG PANDAI2 NIE…..BARU2 NIE…5 ORNG STUDENTS AKU SCORE 100%.PEHHHH….TABIKK AKU….TU AKU KUOKAN SOKLAN SPM TUHHHH…JADIK AKU PUN BLANJERLAAA DEPA COKLATT…MY PEBERET…YUMMY…IDOPPPP +MATHS….LEPAS NIE..AKU WAT PROGRAM BENGKEL…AKU JADIKN BUDAK2 NIE..BOS BINTANG YANG ADA ANAK-ANAK BINTANG…SO FAR MY STUDENTS PUNYE COPE OKE…..

  56. iskandar berkata:

    aku nk blajar add math la…tp,,,ckgu aku cm owg bodo je..bowing tol…ajar cm x nk je…

  57. meiya berkata:

    aq minat ar add math…subject nie la satu2nye subject yg aq x tido dlm class…add math memang la susah…bile dpt answer salah cam org giler tp bile answer btol..happy glew…rase cam kte paling pandai kat dunia…hahaha…

  58. wan_sungai buloh berkata:

    add math xsusah kalau kite selalu wat latihan…tetapi barang sesiape yg meniggl kn add math dlm satu tajuk make die akn bosan dgn pelajaran ini…

  59. Chiencalock berkata:

    yang tulis ni msti budak sastera,hahahaha… weh,ko jgn pikir dgn akal ko yg kosong 2 r..pikir r,ahli n ilmuan matematik dulu2 ramai yang Islam.. zaman skunk,kalu ko dapat math moden A1,orang x heran..tp kalu ko dapat B3 add math,msti feymes..

  60. Chiencalock berkata:

    kenyataan…ramai budak sastera menyesal x amek add math…

  61. leng77 berkata:

    ckgu dulu amek sastera..konon nak jd lawyer…my mum tak bg…masuk u..tetiba teramek kos science…berasap kpala ckgu ms memula….tak penah amek +math n tak penah amek physic tetiba kena blaja….can u imagine mcamana nak survive…tp ckgu berusha n itulah slh satu perkara yg skcu palng bangga dlm idop..i can switch my mind from pure arts to science…nk kt nyesal x amek +maths tak jgk..sbb la nie ckgu dah ngajo +math pun….

  62. markyen berkata:

    jangan anda tidak mengambil peperiksaan add math kerana nanti payah nak masuk matrikulasi dalam kos yang terbaik…..ingat,,,jangan anda sia-siakan masa pembelajaran anda selama belasan tahun dan beberapa tahun anda belajar add math…!!!!!!!!

  63. arifah berkata:

    Artikle ni memang suka mematahkan semangat orang lain utk ambil add math..artikle memang berunsur fikiran yang negatif. Biasa la, awal2 memang la susah. Kalu dah byk2 wat latihan, baru kta faham dan rasa best belajar add math. Kalu boleh, stp kali lepas belajar satu topik add math, terus wat latihan…Jangan bertangguh-tangguh.Agar apa yang diajar oleh guru melekat di kepala.. Wassalam

  64. sofia berkata:

    bg aq add maths xssh kalo ush r..kalo mls mmg xjd r.. aq wt lthn add math mmg best gler kalo phm.. kowg kalo skunk dh fed up 6ti u lg r ssh.. sume subject kalo ush mmg xssh. aq arap add math aq dpt follow r smpai spm 2010 ni aq nk dpt pling krg c6 r.. yg pnting mnt r..

  65. fazeera berkata:

    emm…admath cam ny taw…. ble time dalam klas bley je kte nak wat tp kalo dpt je krts peksa trus linkup…. bru jer bkak krtas da mmpos… tp n snang cter r admath ny kne byak wat ltihan r…. kalo kter bhnti wat,conpem trus jer jammm…. saper sokong ckp sya tq byak r….

  66. Nabila_H berkata:

    salam… addmath it is easy if you learn by heart…same like other subject…mind setting is the most important….

    masalah sekarang ramai yg letak addmath susah…kalo anda betul-betul memahami konsep dan asas insyaALLAH ia seronok untuk dipelajari dan dibuat….tak dinafikan ada bahagian-bahagian yang agak susah…tp practice make perfect…we learn from mistake…

    the most of the most important is your intention…ikhlaskan niat dlm mendalami ilmu ALLAH…

  67. keyna berkata:

    ermm….memang laa senang…same like maths mode,just men ngn number jek.. he3…mule2 ok laa tp mse ujian ke 3 kantoi jgk…so,memang terbukti both subjek tu kne laa slalu bwt latihan & minat msti dalam.. mcm t’cher ak cte time die kt U,exam add maths dpt 100%…untung ak jd ank didik die…hopefully ak ikot jejaknya…

  68. anis berkata:

    weyh!ko wt aq seram nk amik add mt thun dpan..

    btw,artikel yg x membosankan!

    ske3x :P

  69. dyana berkata:

    pinjam artikel nie leh.. best plak…

  70. ferum berkata:

    kenapa nak ditakut2kan murid yg baru je nak amik add maths? sedangkan awak sendiri amik jugak, kan?

    penulis artikel ni macam cakap x serupa bikin je…

    x baik tau jatuhkan semangat org lain..

  71. Wei berkata:

    Wei….Penulis bergurau je lar..yang korang semua nak berdebat pehal pla ni?

  72. tira berkata:

    salam…. saya…form 4 next year…baca artikel ni agak membuat sy separuh koma…sy minat akan math..walaupun result PMR xkluar agi…!!!! apa pn..semangat kena ada..!!!

  73. Cikgu La berkata:

    Salam semua, Cikgu adalah fulltime tutor mengajar subject maths dari peringkat universiti hingga ke peringkat sekolah rendah, jadi untuk kita mahir maths kita kena minat and faham apa yang kita pelajari. untuk ingat formula maths yang banyak kita kena kreatif. So kalau ada diantara forumers yang nak belajar tactic n teknik bijak math boleh email cikgu. Tq

  74. nurul berkata:

    sy perlukan cikgu tution add math di taman daya johor bahru .taun dpn sy spm . please. someone help me :’(

  75. iefa berkata:

    susah mmg susah.. lau owg len blh buat xkn kte x blh… usehe tgge jayaan..

  76. budk tkt berkata:

    sy student f4 thn ney..stu thn blaja +mth dpt mrkh x lbh 40..msti fail..sy x mint lgsg +mth ni tp modmath alhamdulillah dpt a1..sy pom x phm..mse cti bln 12,rslt final exm smpa kt umah..trk kne lecture smpai sy rsa mmg da giv up gle nk blaja +mth..stu ari menangis n x mkn..x kluar blk trs..bengkak mate eden dibuatnya..tp lps bce sume article lm ni ase da semangat ckt nk blaja from a to z blk..hrp korang sume doakn kejayaan sy n membuktikan pe yg korg ckp yg +math 2 mudah..amin..

  77. hasna berkata:

    wow… sronoklah bca artikel nii…ianya dipenuhi fakta dan senda gurau… boleh digunakan utk masa depan dan utk membuli budak2 form 4…hahaha..

  78. T-nah dak f4 berkata:

    sy ambk addmath taun nie…sy tkt gak..cos kli prtma kn…sy tgh try my best nie…pe2 pun artikal nie mmg best!!gempak hbs…huhuhuhu doa2 la yek….

  79. T-nah dak f4 berkata:

    jgn tktkn sya pluk…

  80. q berkata:

    nak list formula add math form 5…

  81. bdk kelate berkata:

    ape yg pnting adalh usaha….tidak ada yg tidak boleh…

  82. Ibnul Harith Bin Ramli berkata:

    Add math tak susah… kena ada minat baru boleh belajar add math dgn mudah. satu hari buat satu soalan.. saya pasti mesti dapat credit untuk add math.. kalo nak A+ kena le buat lebih dari 10 soalan..^^

  83. amy berkata:

    tak de ker tips utk add math nie?? klau ada, share lah kat sy. :)

  84. Azura berkata:

    Bagi saya,add math sebenarnya tidak terrlalu sukar jika kita tahu cara buat.Namun,saya akui add math memang susah bagi walaupun bagi orang yang pandai.

  85. husna ainah berkata:

    emm bgi sye psl add math nie ade yg ssah nye tau…………..namun kite kene arg BERUSAHA oke blaja la pandai2

  86. haniy atiera berkata:

    emm psl math ni eagk ssah kan bgi semu tpi ade kale nye senang bgi org laen pndai2 la brusaha oke selamat berjaya untok mase depan

  87. SM Hardy berkata:

    http://www.youtube.com/watch?v=uhafcwRLu9E klik di sini utk tunjuka yang praktikal dtg Genting setiap bulan pasti kan tarikh terlebih dahulu…

  88. AZIERA berkata:

    adoooiii….add mate sshla….huhuhuh ak mcm nk gler la blajar….

  89. efat berkata:

    i like tau add mat..best..

  90. addmath seeker berkata:

    ape ni?

    aku baru je dapat result

    markah 13/100

    mati ar SPM aku……

  91. cikgu RBO berkata:

    *******JOM KITA KONGSI INFORMASI NAK??*******

    Hmm… kenapa sebahagian orang kita di malaysia merasakan addmaths adalah pelajaran yang sukar? mungkin kerana belum terdedah dengan “maths dalam kehidupan” …. cuba kita tengok & googling keywords seperti :

    fibonacci series, fractal, golden ratio@golden ratio point (recommended)… anda akan faham apakah hubungkait dan betapa pentingnya matematik dalam kehidupan termasuk apa yang sudah tercatat di dalam Al-Quran… masalah besar di malaysia ialah, kekangan masa… kemudian anda dipaksa untuk menghafal&menggunakan sesuatu formula.. contoh : PROGRESSION (addmaths form5) … apa kata selepas ni kita belajar bagaimana untuk melihat sesuatu aliran @ pattern , kemudian boleh la kita terima mengapa sesuatu formula itu terbentuk….persoalannya, jika sainstis tidak nampak betapa pentingnya ilmu ini, mengapa mereka sanggup menghabiskan masa dengan kegagalan demi kegagalan untuk mencapai kejayaan di penghujung pencarian… untuk pengetahuan peminat maths khususnya, cengkerang laut, jantung manusia, anak mata manusia,jangkamasa mengandung, pertumbuhan pokok ada berkaitan dengan matematik dengan nisbah emas iaitu 1.618 seperti apa yang telah diberi petunjuk & tercatat di dalam Al-Quran …lately pada lewat tahun 90-an telah dikaji oleh saintis barat dan telah dibuktikan.. anda boleh melihatnya di youtube dengan hint “golden ratio and golden ratio point in kaaba” .. kenapa saya mengatakan ianya ilmu maths? kerana ianya menggunakan konsep ratio (maths form2) & calculus (differentiation addmaths form4)…

    untuk webmaster novavizio, kita harus ada minat dan idea.. barulah kita boleh menerima sesuatu konsep di dalam ilmu matematik ni… untuk pengetahuan anda sekalian,sekiranya anda berpeluang untuk mengambil pengajian matematik tulen di peringkat univ, peringkat teratas dalam ilmu maths ini adalah metafizik (ketuhanan & perciptaanNya) ..betapa hebatnya penciptaanNya jika nak dibandingkan dengan formula2 @ nisbah2 yang telah diberi petunjuk yang tersirat di dalam Al-Quran…thats why ada orang cakap sorang2? mungkin baru tersedar diri <– perkara sebegini kita tak boleh pertikaikan….

    TIPS BIJAK MATHS?

    kita kena ada rasa bersyukur dengan hidup&minat, kemudian baru ada usaha…. macam mana nak timbulkan minat? kita kena banyak memerhati&membaca… kalau tak baca, macam mana nak tahu? senang aje.. kena kena banyak berfikir… kalau tak pernah terfikir, macam mana? oh senang aje… duduk2 tu tengok benda2 di sekeliling anda.. bagaimana ianya terbentuk.. dan apa patternnya… kalau itu pun tak terfikir? senang aje.. MULAKAN DENGAN PERMAINAN .. permainan IQ seperti cube, hanoi tower, chess dan permainan strategi untuk melatih anda berfikir meletakkan satu strategi dan melihat patterns…kalau nak main, tapi dah terlambat? ikhtiar terakhir —> korang pergi je la tuition..(hafal je la nak pass exam) ..paling MUJARAB,buat study group & belajarlah bersabar, buat maths ni tak boleh cepat melenting.. kena cool jek, baru le serap… kalau melenting bleh aje, tapi korang hafalll je la.. itu yang timbul isu “ape pasal belajar tinggi2, result bagus, tapi TAK PERFORM masa bekerja?” <— inilah tanda2 pelajar cemerlang menghafal untuk lulus exam….hafal tu pun satu usaha kan? saya tak cakap, statement sebegini ada kajian daripada johns hopkins univ..keh keh keh

    P/s : kalau kes cakap sendirian ni, bukan setakat ilmuan je kan yg cakap sesorang… kalau orang berangan ke, hilang duit ke, putus cinta ke, adakalanya cakap sorang2 kan…keh keh keh..

    Pernahkah anda terfikir kita mengira kelajuan bola tenis menggunakan idea “differentiation dy/dx” <— jika sayalah sebagai seorang guru perempuan dengan memakai baju kurung, tiba2 duduk tepi court semasa pelajar bermain tenis sambil mengira, apa agaknya orang akan kata? mungkin mereka akan kata “apa PEKDAHnye cikgu ni.. pelik2 je” <— mentaliti budaya di tempat kita macam ni, tak berani memulakan sesuatu perubahan, melihat ini perkara pelik,fikir dalam kotak fikiran yg sempit.. lepas dia pula komen pelik2 kata belajar maths susah giler.. belajar cryptology @ bahasa ikan paus lagi susah giler dik, percayalah…

    tentang kepelikan bermain sambil mengambil aspek pengiraan maths dianggap pelik ini adalah di dalah dunia “budaya tempatan kita” tapi ini yang saya lihat semasa melihat latihan tennis sebelum australian open.. mereka mengira kelajuan bola mengikut stroke & angle yg berbeza.. <– terasa macam buat keje bodoh ke ni? so.. percayalah minda kita lemah terhadap maths sebab kita menghafal, bukan enjoy dan bermain2 dengan ilmu ini terhadap kehidupan..

    lepas ni, apa kata? bermain sambil mengaplikasikan ilmu..? jangan jadi ulat buku & kaki bangku ok? anda bukan OKU (orang kurang upaya)…tolonglah generate minda, jangan memaksa minda untuk menghafal..nasihat daripada seorang guru…hahaha

    salam perkenalan dari saya. -rbo

  92. reayn94 berkata:

    addmath mmg susah lar…mmg mrumitkan otak, kalo dah obses sgt tuh, rasanya bole mati nti..thun 2010 ni sy ambl addmath. mmg mnyusahkan btl owh..doakan sy sja lar…=D

  93. apis berkata:

    sya thun ni spm tetapi syeni masa form 4 x abil kesah tengtang +mt ni sye skang exam1 add mate dpt 3 markah guru saya drop addmate. tetapi kakak2 saya sume pandai mate ngan addmate. tahun ni 2010 saya ingin blaja dgn mereka dan tusyen dh menbuat revision soalan spm yg lepas2 kerana saya form 4 x phm ape2 pun.. semoga saya boleh memahami addmate dengan menbuat kerja cikgu, tusyen, study group dan usaha semoga saya spm 2010 ini medapat A … mse form 4 sye suka main game dota smpi x blaja langsung masa form 4 semoga adik2 jgn contohi sye game ni boleh main lepas abis spm… i hope me can catch up my add.. isyaallah

  94. toi berkata:

    stiap kali class +m..ak mst rsa nk tmuntah..

  95. toi berkata:

    tapi..ak xtau knape ak nk dptkn A+ gak..wlaupn ak xprnah lulus tpi ak xprnah mgalah..mula2 ak ksiankn ckg ak sbb ak nmpk dy bsunggh2 ajar ak +m ..tapi now tba2 tmbul rsa ak nk buat sesuatu utk diri ak..dan mgkn jga utk gembirakn dy..skag ak form 5…dh blan 3 dh n..result ak exam blan n dpat E…Tpi ok r sbb ak 1st xgagal..ak hepi la gak..sbnrnya ak saje nk lpaskn msalh ak kat sni sbb ak alone…toi_dee@yahoo.com..n y.m ak..kalo rsa tke cre as a human kat ak bleh r chat ngan ak..

  96. ainz berkata:

    salam…kite xleh pkir cam2…setiap bende dlm dunia nie semua susah…mne ade senang…kena arr usaha c-kit kalo nak berjaya…

  97. toi berkata:

    blan5 n exam..result hntar kmntrian..hrap2 sume f5 ganbatte giler2..

  98. farah fafa berkata:

    hahahhahaha, x leh bla! aku sendiri hampir mati blaja add math! but nk wat macam mane kan? kene la jugk harungi demi spm! hahhaha, bhgian perangai tuw buat aku tergelak! rasenye aku kat bhgian …..

  99. zaim berkata:

    sy nk jwapan krje projek +math thn 2010 pilihan 4 utk form5 ……pertolongan anda amat dhargai

  100. Miss wiwie berkata:

    sampai macam tu skali k addmath?..camne lah pulak nak masok form4 taun depan…ingat lagi apa yang cikgu mt form 3 sya ckap taun ni…”maath yang korang belajar skrag,umpama setitik air di lautan kalau nak dibndigkan dengan +mt taun depan”huhu…

  101. wieda berkata:

    spe leh tolong….apa laman web paling ok untuk buat rujukan bagi projek add math 2010 pilihan 1..( terutamanya utk topik circle, eqution of curve and apa2 yg seangkatan ngannya la)…

  102. hen berkata:

    admath tak susah lah…..tips untk berjaya hanya wat latihan banyak…..sebanyak mgkin……..smoga spm ni taun dpt A+…amin….

  103. izzat berkata:

    ak mnat gak admath tp kn ckgu ak ajar cam xnak ajar jw…. dah la ajar boring nk mampus….tp ak akn try my bez 2 get admath a1!!!

  104. shafiq berkata:

    dasyat tul artikel nie….dlm klas aku 3 golongan yg lam artikel 2 ckp mmg wujud especiaaly lam klas aku….aku pn tmasuk gak…idup addmath!

  105. rixter berkata:

    dri first saya msuk kelas sains smpai arini……..stu pun saya tidak faham dgn add maths

Apa kata anda?