Jangan bohong! Dokumen HTML anda tak sah!
4 Ogos 2007
Saya mengunjungi sebuah laman web. Reka bentuknya sungguh cantik, setiap sudut dihias dengan kemas dan teliti, pasti membuatkan pengunjung berasa terpegun dan cemburu. Di bahagian bawah laman tersebut, terpampang sebuah papan tanda:

Terdetik secebis perasaan ragu-ragu dalam hati. Benarkan pernyataan itu? Saya pun menggatal untuk menyemak laman tersebut. Saya buka laman Khidmat Pengesahan Markap W3C, masukkan URL bagi laman tadi, dan klik butang Check. Teka apa yang saya lihat:

Oh ya, perasankah bagaimana laman pengesah W3C menggunakan saiz fon yang besar dengan latar belakang warna merah untuk memberitahu bahawa laman yang disemak tak sah? Saya rasa, mereka sengaja melakukan sedemikian supaya tuan punya kod akan berasa tersinggung dan makan hati.
Saya tak kira, anda digelar Penulis Blog Paling Jujur di Dunia sekalipun, bila anda meletakkan label “Valid HTML” sedangkan markap anda tak sah, maka saya anggap anda dengan sengajanya membohongi pelawat-pelawat anda. Tolonglah, baiki markap anda, atau sebagai tanda prihatin, tukarkan saja label itu kepada “This page is not valid HTML because I don’t give a damn.”
Kod HTML yang sah adalah berkualiti tinggi. Ia adalah langkah pertama dalam pengoptimuman enjin carian (SEO). Menulis kod HTML dalam markap yang sah adalah satu kemahiran yang sukar untuk dikuasai. Namun mereka yang cukup beruntung untuk memiliki kemahiran itu mempunyai hak untuk memberitahu pembaca bahawa kod HTML yang mereka tulis adalah sah. Sayangnya label ini digunakan sewenang-wenangnya.
Fakta: Kumpulan W3C Quality Assurance Interest menganggarkan bahawa 99% laman web di luar sana mempunyai kod HTML yang tak sah.
Sebahagian daripada siri: Pembangunan web
Komentar
8 komen
Anda juga pembohong. © 2007 Aviator. Kod berkualiti tinggi.
Result: Failed validation, 8 Errors
pastikan anda menulis dengan cara yg betul menggunakan XHTML 1.0 Transitional!
Terima kasih
Alamak! Sungguh ironi!
Ah! Maaf, ya? Kali terakhir saya semak, laman saya sah. Setelah disemak kembali, saya dapati yang masalah tersebut berpunca daripada pepijat dalam WordPress, bukan saya.
Tapi saya tak pernah kata yang dokumen html saya sah. “Kod berkualiti tinggi” hanyalah sebuah frasa yang kabur, tak begitu? Walau bagaimanapun, saya akan cuba betulkan masalah ini seboleh-bolehnya.
kt homepage senang jer nk validkan sebab users tak ganggu bahagian tu..but kt single page (bahagian komen) mungkin akan jadi tak valid balik..saya rasa kalau guna silktide nyer test kita leh test validity untuk semua pages..
Silktide? Tak pernah dengar pun. Saya akan cuba tengok.
Saya sudah laporkan pepijat tersebut di WordPress Trac. Ia akan dibaiki pada keluaran 2.3.
maafkan saya… tapi mengikut contoh anda tertulis
“this is a valid HTML”
tetapi validator yang anda gunakan adalah untuk XHTML. Bukan kan HTML dan XHTML adalah benda yang berlainan. Maka sudah tentulah pengesahan yang anda lakukan itu tidak sah.
saya hanya mengutarakan pendapat saya sahaja.
Untuk pengetahuan, Validator W3C mengesan secara automatik sama ada dokumen yang diperiksa menggunakan markap HTML atau XHTML.
mu keno ajar aku ni miji! tolooongg deh