Bencana

22 April 2007

Aduh. Baru je fikir nak backup database. Masa aku tengah uji WordPress versi Melayu kat laman web aku ni, aku tersalah drop database. Ingatkan kat cpanel ni dia keluar la confirmation dialog ke apa ke. Sekurang-kurangnya tanya la dulu, “are you sure you want to drop this database? ‘Cause if you do, all your data will be freaking lost and you may regret it for the rest of your life!” Ni tak. Lepas tersalah tekan butang, dia dengan cerianya mengumumkan bahawa database aku “successfully deleted. You go back now, or just drop your jaw if you like“.

Lepas tu, sedang aku kelam kabut nak fikir macam mana nak recover balik, sambungan Internet pula putus. NovaVizio down dari pukul 3 am (waktu Mesir) sampai pukul 3 pm. Aku menyumpah dalam hati selama 12 jam.

Pengajaran: “Selalu backup database anda.” Hehehe.

Sebahagian daripada siri: Tidak dikategorikan

Komentar

3 komen

  1. Zeo berkata pada 23 April 2007, 10:01 pm:

    Tanya la hos provider anda. Biasa diaorg ada backup tuk sehari sblmnya. Scheduled routine.

  2. Bat berkata pada 24 April 2007, 1:28 am:

    Aisey, sekali terdelete database..Adakah anda belajar di Mesir?

    p/s: terima kasih atas link, nanti saya add dalam blog roll blog saya ek.. :)

  3. Aviator berkata pada 24 April 2007, 3:46 am:

    Aku dah tanya host dah. Diorang buat backup jarang-jarang je.

Apa kata anda?