Menyambut Aidiladha di Kaherah
17 Disember 2008
Berjauhan dari tanah air tak bermakna Hari Lembaran tiada meriah.
Agak lewat saya menghasilkan foto-foto ini. Apapun, inilah dia:
Sesi fotografi ahli bait dan berangkat ke masjid
Keheningan pagi dipecahkan dengan alunan takbir dari masjid-masjid yang berdekatan. Takbir orang Arab tidaklah sesayu takbir orang Melayu, mendatar saja. Namun begitu, kerana umpapa pepatah, “tempat jatuh lagi dikenang”, rasa sayu itu datanglah juga. Suasana pagi dimeriahkan dengan sesi bergaya dan mengambil gambar.
Solat sunat Aidiladha bersama-sama pelajar-pelajar dari Malaysia
Kami menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Musa ibn Nusayr. Solat berjemaah bersama-sama dengan para perantau dari Malaysia ini diimami oleh Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM, Mohd Azrul Ismail dan khutbah berikutnya disampaikan oleh Presiden PMRAM, Khairul Anuar Ismail.
Bertolak ke Rumah Kelantan Baru
Seusai solat sunat berjemaah di Masjid Musa, kami menziarahi Rumah Kelantan Baru untuk bertemu dengan para penghuni di sana dan melihat unta-unta yang akan disembelih.
Penyembelihan unta
Sebanyak lima ekor unta dikorbankan di bawah bumbung Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir. Korban bernilai L.E. 690 x 7 bahagian x 5 ekor = L.E. 24,150.
Unta pertama agak garang. Unta ini beberapa kali mencuba untuk lari, menyebabkan khalayak pemerhati berasak-asak ke belakang dan suasana bertambah riuh. Saya meninggalkan RKB selepas unta pertama selamat dikorbankan untuk pulang ke rumah dan menikmati juadah Hari Raya bersama-sama ahli bait (nasi himpit dan kuah kacang).
Laporan PMRAM: Aidiladha Peringkat PMRAM Disambut Meriah, Sederhana
Sebahagian daripada siri: Fotografi













































Komentar
4 komen
oo
mintakla juga tunjuk rumah pahang
xpatut tow,xhias dlu uto sblm melih,mano gmbr kebab rayo tow,apo hal pon sdih jgok la rayo,dh 9thn xblik rayo msiaaa
adowwww,geno gmbr xjlasss mano,xnapok muko lakow,ambl gmbr curi2 ko,haha,mujur kamera mahal smat jgok la gmbr dio,syok jgok rayo khrah ,aku asyik rayo tanta ajo setiap thn bestt apo