Kategori: Rencana

8 kiriman

14/7/09 – Mulakan HTML! Bahagian II

HTML ialah sebuah bahasa yang kompleks. Terdapat banyak fungsi yang boleh digunapakai dalam HTML, dan jika seseorang mahu pelajari HTML tanpa mengikuti hujung pangkalnya, dia akan buntu dan akhirnya sesat jalan. Hakikatnya, HTML tidaklah susah seperti yang disangka. Artikel kali ini ditulis untuk membuktikan bahawa kompleks tidak bererti payah. Anda perlu belajar HTML langkah demi [...]

4/4/08 – Pemproses dan RAM

Dari manakah prestasi sesebuah komputer dinilai? Pemproses atau RAM? Jikalau anda ingin meningkatkan keupayaan komputer anda, komponen yang mana satukah diutamakan, dan apakah rasionalnya? Rencana ini ditulis sebagai membantu anda mencari jawapan kepada permasalahan yang semacam rumit ini. Pemproses atau lebih tepat lagi mikropemproses ialah pengawal segala proses pengiraan yang berlaku dalam komputer. Jikalau dibandingkan [...]

19/3/08 – WordPress 2.5 melonjak ke hadapan

Semalam merupakan hari pengumuman keluaran WordPress versi 2.5 Release Candidate 1. Banyak perubahan yang memberansangkan dapat dilihat sejak keluaran “beta” sebelumnya. Keluaran ini merupakan percubaan sahaja, para pembangun sedang menguji kestabilan perisian ini sebelum disasarkan kepada pengguna umum. Tarikh keluaran sebenar masih kabur, akan tetapi dijangka beberapa hari sahaja lagi, atau paling lewat pun dalam [...]

28/1/08 – Krisis anak bulan

Setiap tahun pasti timbul isu mengenai masyarakat-masyarakat Islam di seluruh dunia tidak bersepakat dalam penetapan tarikh bagi hari-hari perayaan. Kontroversi-kontroversi ini lazimnya timbul ketika penentuan tarikh bagi bulan-bulan yang mulia—iaitu Ramadan di mana seluruh umat Islam berpuasa, kemudian Syawal di mana seluruh Islam menyambut lebaran Aidilfitri, kemudian pula Zulhijah apabila penganut agama Islam dari seluruh [...]

10/8/07 – Berapa orang tokoh IT yang kau kenal? Bill Gates… lagi?

Segalanya bermula apabila aku cuba menceritakan mengenai produk terbaru iMac daripada Apple kepada seorang rakan. Dia mengagumi kecanggihan produk ini, kemudian dengan takbersalahnya menanyakan soalan, “ganasnya, siapa yang buat iMac ni?… Bill Gates?” Aku separuh ketawa, separuh mencebikkan bibir. Kau ingat Bill Gates sajakah ilmuan komputer? Sebut saja tentang IT, nama beliau sajalah yang muncul [...]

7/6/07 – Mulakan HTML!

Dahulunya Internet muncul sebagai sebuah eksperimen tentera untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian komputer ke dalam sebuah rangkaian yang lebih luas. Rangkaian ini membolehkan sesebuah komputer ‘bercakap’ dengan komputer yang lain. Pada awal perkembangannya, penggunaan Internet adalah terhad kepada pelajar universiti dan golongan penggodam (hacker) untuk tujuan-tujuan penyelidikan sahaja. Tiada perancangan dilakukan untuk mengatur kaedah atau format penghantaran [...]

2/5/07 – Sebarkan angka ini

09 F9 11 02 9D 74 E3 5B D8 41 56 C5 63 56 88 C0 Nota: Ini adalah nombor asas 16 (hexadecimal). Ini ialah angka yang paling kontroversi pada abad ini. Digg menjadi kacau bilau pada hari semalam (1 Mei). Hampir semua story yang dikirim adalah berkisar tentang angka ini (lihat screenshot di laman [...]

20/4/07 – Jadi anda nak ambil Add Math

Anda dianggap sebagai salah seorang pelajar yang pandai Math dalam kelas. Anda pernah membelek koleksi soalan-soalan Add Math dan tertarik dengan cara pengiraannya. Dan sekarang, jauh dari sudut kecil di hati, anda fikir Add Math adalah sebuah subjek yang menarik untuk dipelajari. Hey, anda boleh tambah lagi satu A1 dalam result SPM nanti! Mengharumkan nama [...]