Kategori: WordPress
7 kiriman
11/12/08 – WordPress 2.7 telah tiba!
WordPress 2.7 sudah sampai. Kini boleh juga didapatkan dalam bahasa tercinta bahasa Melayu.
Antara ciri-ciri baru yang dimuatkan dalam versi ini ialah reka bentuk tadbir baru, penulisan segera, dan pengkemaskinian automatik. Terdapat banyak lagi ciri-ciri baru yang tak sempat saya sebutkan di sini. Untuk ringkasan yang lebih terperinci, sila baca pengumuman asal di http://wordpress.org/development/2008/12/coltrane/.
Dapatkan WordPress 2.7 [...]
19/3/08 – WordPress 2.5 melonjak ke hadapan
Semalam merupakan hari pengumuman keluaran WordPress versi 2.5 Release Candidate 1. Banyak perubahan yang memberansangkan dapat dilihat sejak keluaran “beta” sebelumnya. Keluaran ini merupakan percubaan sahaja, para pembangun sedang menguji kestabilan perisian ini sebelum disasarkan kepada pengguna umum. Tarikh keluaran sebenar masih kabur, akan tetapi dijangka beberapa hari sahaja lagi, atau paling lewat pun dalam [...]
5/8/07 – WordPress 2.2.2
Keluaran sekuriti terbaru bagi WordPress 2.2 telah dikeluarkan.
Saya telah meningkatkan perisian WordPress saya dalam tempoh tak sampai 10 saat pun. Lihat apa yang saya lakukan melalui SSH:
svn export http://svn.automattic.com/wordpress/tags/2.2.2 ~/wordpress/2.2.2
cp ~/wordpress/2.2.2/* ~/public_html/wordpress
cp -R ~/wordpress/2.2.2/wp-admin/* ~/public_html/wordpress/wp-admin
cp -R ~/wordpress/2.2.2/wp-includes/* ~/public_html/wordpress/wp-includes
4/8/07 – Fanatisisme tema tiga lajur
Barangkali susun atur yang terpopular bagi web pada masa kini ialah susun atur tiga lajur (three-column layout). Susun atur ini ialah reka bentuk yang dipisahkan kepada tiga bahagian menegak, biasanya dengan satu bahagian yang paling lebar (kira-kira 60%), dan dua bahagian selebihnya diletakkan di sebelah kiri dan kanan (atau kedua-duanya di sebelah kanan).
Gaya ini juga [...]
16/5/07 – WordPress 2.2
Pengumuman – WordPress versi 2.2 (digelar “Getz”) sudah dikeluarkan secara rasmi. Anda boleh dapatkannya sementara masih panas di WordPress.org.
Antara ciri terbaru yang paling menonjol dalam keluaran WordPress ini ialah widgets – anda boleh mengubah suai sidebar mengikut kesukaan anda. Selain itu terdapat juga beberapa pertambahan kecil lain (yang aku pun sebenarnya tak mahu ambil kisah).
Proses [...]
21/4/07 – WordPress versi Melayu hampir stabil
<
p class=”entry”>Fuh. Sudah bermalam aku tercongok depan komputer untuk menyiapkan terjemahan WordPress versi Melayu. Nak demam dibuatnya bermain-main dengan SVN. Hari ini dah berapa kali commit dah. Terjemahan ini sudah hampir stabil, beberapa string yang aku terlepas pandang sudah pun dibetulkan.
Apa pun, aku sudah muat naik WordPress 2.1.3 versi Melayu di blog WordPress Malaysia. Pengguna [...]
19/4/07 – WordPress versi Melayu
WordPress sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya telah memuat naik fail-fail terjemahan ke dalam simpanan SVN. Fail-fail ini masih lagi dalam status ujian, namun begitu, saya yakin ia sudah cukup stabil.
<
p class=”entry”>Pengguna WordPress yang mahukan antara muka blog mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu boleh mendapatkan semakan terkini fail-fail tersebut daripada pautan ini:
http://svn.automattic.com/wordpress-i18n/ms_MY/trunk/
Anda [...]