Kategori: Perisian
11 kiriman
11/12/08 – WordPress 2.7 telah tiba!
WordPress 2.7 sudah sampai. Kini boleh juga didapatkan dalam bahasa tercinta bahasa Melayu.
Antara ciri-ciri baru yang dimuatkan dalam versi ini ialah reka bentuk tadbir baru, penulisan segera, dan pengkemaskinian automatik. Terdapat banyak lagi ciri-ciri baru yang tak sempat saya sebutkan di sini. Untuk ringkasan yang lebih terperinci, sila baca pengumuman asal di http://wordpress.org/development/2008/12/coltrane/.
Dapatkan WordPress 2.7 [...]
19/3/08 – WordPress 2.5 melonjak ke hadapan
Semalam merupakan hari pengumuman keluaran WordPress versi 2.5 Release Candidate 1. Banyak perubahan yang memberansangkan dapat dilihat sejak keluaran “beta” sebelumnya. Keluaran ini merupakan percubaan sahaja, para pembangun sedang menguji kestabilan perisian ini sebelum disasarkan kepada pengguna umum. Tarikh keluaran sebenar masih kabur, akan tetapi dijangka beberapa hari sahaja lagi, atau paling lewat pun dalam [...]
30/9/07 – Ubuntu Muslim Edition
Minta maaf ya kerana sudah sekian lama tidak mengemaskinikan blog ini. Sejak kebelakangan ini, saya sibuk dengan perkara-perkara lain. Pada entri kali ini, saya sempat mengambil peluang untuk meninjau Ubuntu Muslim Edition.
Secara ringkas, Ubuntu Muslim Edition, atau pendeknya UbuntuME, ialah sebuah edaran Linux yang dibina berdasarkan Ubuntu dan disesuaikan sebagai sebuah sistem pengendalian bercirikan Muslim. [...]
5/8/07 – WordPress 2.2.2
Keluaran sekuriti terbaru bagi WordPress 2.2 telah dikeluarkan.
Saya telah meningkatkan perisian WordPress saya dalam tempoh tak sampai 10 saat pun. Lihat apa yang saya lakukan melalui SSH:
svn export http://svn.automattic.com/wordpress/tags/2.2.2 ~/wordpress/2.2.2
cp ~/wordpress/2.2.2/* ~/public_html/wordpress
cp -R ~/wordpress/2.2.2/wp-admin/* ~/public_html/wordpress/wp-admin
cp -R ~/wordpress/2.2.2/wp-includes/* ~/public_html/wordpress/wp-includes
4/8/07 – Fanatisisme tema tiga lajur
Barangkali susun atur yang terpopular bagi web pada masa kini ialah susun atur tiga lajur (three-column layout). Susun atur ini ialah reka bentuk yang dipisahkan kepada tiga bahagian menegak, biasanya dengan satu bahagian yang paling lebar (kira-kira 60%), dan dua bahagian selebihnya diletakkan di sebelah kiri dan kanan (atau kedua-duanya di sebelah kanan).
Gaya ini juga [...]
17/6/07 – Safari untuk Windows
Berita gembira untuk penagih Internet dan pembangun web: pelayar web Safari sudah pun dialihkan ke dalam platform Windows.
Safari ialah sebuah pelayar web yang asalnya dibina oleh Apple Inc. untuk disertakan sekali dengan sistem pengoperasian Mac OS X. Perisian ini menggunakan enjin persembahan sumber terbuka berdasarkan KHTML milik Konqueror; oleh itu, tak seperti Internet Explorer, ia [...]
16/5/07 – WordPress 2.2
Pengumuman – WordPress versi 2.2 (digelar “Getz”) sudah dikeluarkan secara rasmi. Anda boleh dapatkannya sementara masih panas di WordPress.org.
Antara ciri terbaru yang paling menonjol dalam keluaran WordPress ini ialah widgets – anda boleh mengubah suai sidebar mengikut kesukaan anda. Selain itu terdapat juga beberapa pertambahan kecil lain (yang aku pun sebenarnya tak mahu ambil kisah).
Proses [...]
1/5/07 – Sumber Terbuka dalam Berita Harian Online
Dalam Berita Harian Online ada ruangan khas untuk Sumber Terbuka. Hampir semua rencana dalam ruangan tersebut membincangkan tentang Zope, sebuah perisian pelayan web yang dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. Rencana-rencana ini ditulis dalam bahasa Melayu oleh Bakhtiar A Hamid. Lihat blog beliau di sini.
Anda boleh membuka ruangan Sumber Terbuka Berita Harian Online melalui pautan [...]
21/4/07 – Ubuntu Feisty Fawn dikeluarkan secara rasmi
<
p class=”entry”>Akhirnya Ubuntu versi 7.04 dikeluarkan secara rasmi. Ubuntu ialah sebuah distribution bagi Linux berdasarkan Debian yang amat mesra pengguna, terutamanya yang mula berjinak-jinak dengan Linux/Unix.
Untuk memudahkan peralihan, pengguna Ubuntu Edgy boleh tingkatkan terus Ubuntu mereka kepada versi Feisty dengan menggunakan ciri dalaman yang sudah ada dalam Ubuntu Edgy. Satu ciri yang baik!
Baca berita penuh [...]
21/4/07 – WordPress versi Melayu hampir stabil
<
p class=”entry”>Fuh. Sudah bermalam aku tercongok depan komputer untuk menyiapkan terjemahan WordPress versi Melayu. Nak demam dibuatnya bermain-main dengan SVN. Hari ini dah berapa kali commit dah. Terjemahan ini sudah hampir stabil, beberapa string yang aku terlepas pandang sudah pun dibetulkan.
Apa pun, aku sudah muat naik WordPress 2.1.3 versi Melayu di blog WordPress Malaysia. Pengguna [...]
19/4/07 – WordPress versi Melayu
WordPress sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya telah memuat naik fail-fail terjemahan ke dalam simpanan SVN. Fail-fail ini masih lagi dalam status ujian, namun begitu, saya yakin ia sudah cukup stabil.
<
p class=”entry”>Pengguna WordPress yang mahukan antara muka blog mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu boleh mendapatkan semakan terkini fail-fail tersebut daripada pautan ini:
http://svn.automattic.com/wordpress-i18n/ms_MY/trunk/
Anda [...]