Kategori: Pembangunan web

6 kiriman

14/7/09 – Mulakan HTML! Bahagian II

HTML ialah sebuah bahasa yang kompleks. Terdapat banyak fungsi yang boleh digunapakai dalam HTML, dan jika seseorang mahu pelajari HTML tanpa mengikuti hujung pangkalnya, dia akan buntu dan akhirnya sesat jalan. Hakikatnya, HTML tidaklah susah seperti yang disangka. Artikel kali ini ditulis untuk membuktikan bahawa kompleks tidak bererti payah. Anda perlu belajar HTML langkah demi [...]

4/8/07 – Jangan bohong! Dokumen HTML anda tak sah!

Saya mengunjungi sebuah laman web. Reka bentuknya sungguh cantik, setiap sudut dihias dengan kemas dan teliti, pasti membuatkan pengunjung berasa terpegun dan cemburu. Di bahagian bawah laman tersebut, terpampang sebuah papan tanda:

Terdetik secebis perasaan ragu-ragu dalam hati. Benarkan pernyataan itu? Saya pun menggatal untuk menyemak laman tersebut. Saya buka laman Khidmat Pengesahan Markap W3C, masukkan [...]

17/6/07 – Safari untuk Windows

Berita gembira untuk penagih Internet dan pembangun web: pelayar web Safari sudah pun dialihkan ke dalam platform Windows.

Safari ialah sebuah pelayar web yang asalnya dibina oleh Apple Inc. untuk disertakan sekali dengan sistem pengoperasian Mac OS X. Perisian ini menggunakan enjin persembahan sumber terbuka berdasarkan KHTML milik Konqueror; oleh itu, tak seperti Internet Explorer, ia [...]

7/6/07 – Mulakan HTML!

Dahulunya Internet muncul sebagai sebuah eksperimen tentera untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian komputer ke dalam sebuah rangkaian yang lebih luas. Rangkaian ini membolehkan sesebuah komputer ‘bercakap’ dengan komputer yang lain. Pada awal perkembangannya, penggunaan Internet adalah terhad kepada pelajar universiti dan golongan penggodam (hacker) untuk tujuan-tujuan penyelidikan sahaja. Tiada perancangan dilakukan untuk mengatur kaedah atau format penghantaran [...]

1/5/07 – Sumber Terbuka dalam Berita Harian Online

Dalam Berita Harian Online ada ruangan khas untuk Sumber Terbuka. Hampir semua rencana dalam ruangan tersebut membincangkan tentang Zope, sebuah perisian pelayan web yang dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. Rencana-rencana ini ditulis dalam bahasa Melayu oleh Bakhtiar A Hamid. Lihat blog beliau di sini.

Anda boleh membuka ruangan Sumber Terbuka Berita Harian Online melalui pautan [...]

29/4/07 – Gunakan htaccess untuk mengubah suai laman ralat

Apa itu htaccess? Kalau anda menggunakan perisian pelayan web Apache, anda boleh gunakan fail htaccess untuk mengubah suai kelakuan Apache. Lazimnya, untuk membina fail ini, cipta fail baru bernama “.htaccess” (perhatikan tanda noktah di hadapan) dan letakkannya dalam direktori induk (root directory) bagi laman web anda.

Salah satu perintah penting yang anda boleh gunakan dalam fail [...]