Kategori: Fotografi

5 kiriman

31/1/09 – Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2009

Saya berpeluang melawat Pesta Buku Antarabangsa Kaherah yang ke-41. Pesta ini merupakan pameran buku tahunan yang diadakan di Pusat Seminar Antarabangsa Kaherah (CICC), Salah Salem. kali ini Pesta ini diadakan sebaik sahaja tamat musim peperiksaan Al-Azhar, bermula dari 22 Januari sehingga 5 Februari. Setiap syarikat penerbit buku tempatan dan luar negara akan berkumpul setiap tahun [...]

17/12/08 – Menyambut Aidiladha di Kaherah

Berjauhan dari tanah air tak bermakna Hari Lembaran tiada meriah. Agak lewat saya menghasilkan foto-foto ini. Apapun, inilah dia: Sesi fotografi ahli bait dan berangkat ke masjid Keheningan pagi dipecahkan dengan alunan takbir dari masjid-masjid yang berdekatan. Takbir orang Arab tidaklah sesayu takbir orang Melayu, mendatar saja. Namun begitu, kerana umpapa pepatah, “tempat jatuh lagi [...]

15/10/08 – Kaherah 2

Kaherah 2a: Kaherah 2b: Kaherah 2c: Gambar-gambar ini diambil di sebuah kawasan perkampungan di pinggir kota Kaherah. Untuk memuat turun imej bersaiz penuh, klik pada gambar yang berkenaan untuk membuka laman web baru, kemudian klik Download.

5/10/08 – Kaherah 1

Foto sebuah dinding di kota Kaherah. Untuk memuat turun imej bersaiz penuh, pergi ke alamat http://tarmiziaffandi.deviantart.com/art/Kaherah-1-99802310 dan klik Download. Ukuran: 8000 px × 1200 px Saiz: 3.0 MB

17/8/08 – Gerhana bulan pada malam Nisf Sya’ban

Malam ini seperti malam-malam lain juga. Panas… sesak… riuh… malam yang tipikal di kota Kaherah. Namun, ketika aku berjalan di luar, kelihatan beberapa buah premis merentang kain bercorak berwarna-warni di luar dan mengadakan promosi jualan, kedengaran dari masjid suara zikiran. Aku dongak ke langit. Melihat wajah rembulan purnama… menyilau seorang diri tanpa dihiasi kelipan bebintang [...]