Mulakan HTML! Bahagian II

14 July 2009

HTML ialah sebuah bahasa yang kompleks. Terdapat banyak fungsi yang boleh digunapakai dalam HTML, dan jika seseorang mahu pelajari HTML tanpa mengikuti hujung pangkalnya, dia akan buntu dan akhirnya sesat jalan. Hakikatnya, HTML tidaklah susah seperti yang disangka. Artikel kali ini ditulis untuk membuktikan bahawa kompleks tidak bererti payah. Anda perlu belajar HTML langkah demi langkah, barulah anda dapat menghayati kekuatan sebenar HTML.

HTML boleh diterangkan dengan cara yang pelbagai. Akan tetapi, takrif-takrif formal bagi HTML itu sendiri lazimnya menggunakan istilah-istilah yang baru. Oleh itu, saya lebih suka menerangkan HTML dengan cara yang tidak konvensional: satu cara untuk memahami HTML ialah ia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai tag. Ini ialah contoh sebuah tag: <p>. Nampak menakutkan? Jangan bimbang. Saya akan terangkan apa maksud tag tadi sebentar lagi. Cuma pada masa ini anda hanya perlu menetapkan dalam fikiran anda bahawa kod HTML terdiri daripada gabungan-gabungan tag seperti tadi. Ciri inilah yang merupakan ciri yang paling fundamental dan menjadikan HTML amat mudah untuk dipelajari.

Baca tulisan penuh→

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2009

31 January 2009

Saya berpeluang melawat Pesta Buku Antarabangsa Kaherah yang ke-41. Pesta ini merupakan pameran buku tahunan yang diadakan di Pusat Seminar Antarabangsa Kaherah (CICC), Salah Salem. kali ini Pesta ini diadakan sebaik sahaja tamat musim peperiksaan Al-Azhar, bermula dari 22 Januari sehingga 5 Februari. Setiap syarikat penerbit buku tempatan dan luar negara akan berkumpul setiap tahun untuk menjual buku terbitan masing-masing. Buku-buku ini diberi diskaun, dan pelajar Al-Azhar mendapat diskaun tambahan. Terdapat pelbagai jenis buku yang merangkumi semua topik, termasuk kitab-kitab agama (turath mahupun moden), buku-buku Arab dan buku-buku import. Kesemua buku ini boleh didapatkan dengan harga yang murah sekali (sayangnya buku import masih mahal walaupun selepas ditolak harga diskaun).

Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009Cairo International Book Fair 2009

Lihat juga:

Anti-Yahudi atau anti-Zionis?

31 December 2008

Demikianlah ‘status’ yang diutarakan dalam ruang sembang maya YM. Kedapatan ramai orang memberi respons kepada krisis Israel-Palestin di ambang tahun baru ini dengan mengutuk “Yahudi”.

Hati saya menjadi girang apabila Hazim (Exco Penerbitan KPKM) menegur dan bersembang mengenai perkara ini. Berikut ialah catatan perbualan maya antara saya (Aviator) dan Hazim (hazim mohd):

(11:01:52 AM) hazim mohd: yahudi tu agama ...zionis tu la yg bengong kan
(11:01:55 AM) hazim mohd: x gtu
(11:02:05 AM) hazim mohd: so...anti zionis
(11:03:42 AM) Aviator: tepat
(11:03:52 AM) hazim mohd: he3
(11:04:01 AM) Aviator: anda telah memenangi 10 internet
(11:04:11 AM) hazim mohd: muahaha
(11:04:24 AM) Aviator: Permusuhan Israel dan Palestin adalah bersifat politik, bukan
keagamaan. Setiap orang yang bermusuh dengan Israel adalah anti-Zionis, bukan anti-
Yahudi. Kenapa? Kerana rabai Yahudi pun mengutuk perbuatan Israel.
(11:04:35 AM) Aviator: betul x ayat ni
(11:05:04 AM) hazim mohd: rabai tu pe?
(11:05:21 AM) hazim mohd: rahinb ekk
(11:05:21 AM) hazim mohd: rahib?
(11:05:29 AM) Aviator: rahib
(11:05:32 AM) Aviator: ruhban
(11:05:35 AM) hazim mohd: btol la
(11:06:03 AM) hazim mohd: ok israel lak pebndanye?
(11:06:28 AM) hazim mohd: mknanya ada 3 istilah yg msyrakat kita slalu guna x tntu pasal
(11:06:38 AM) hazim mohd: yahudi,israel, zionis
(11:06:46 AM) hazim mohd: kan?
(11:06:49 AM) Aviator: yup
(11:07:05 AM) hazim mohd: so..da tulis lum kt ur blog sal ni?
(11:07:07 AM) hazim mohd: ambo x dop blog
(11:07:09 AM) hazim mohd: he3
(11:07:19 AM) Aviator: xde bahan lg
(11:07:24 AM) hazim mohd: oic
(11:07:30 AM) Aviator: israel tu negara
(11:07:34 AM) Aviator: negara haram
(11:07:39 AM) hazim mohd: x ee ke buku sal zionisme?
(11:07:45 AM) hazim mohd: yup
(11:08:18 AM) hazim mohd: atau buku yg us nik azran tulis ke?
(11:08:23 AM) Aviator: ada ke patut org ni sampai potng semua kalimah israil dlm quran
(11:08:26 AM) hazim mohd: freemasionary
(11:08:34 AM) hazim mohd: org mna?
(11:08:54 AM) Aviator: us nik la yg citer
(11:08:57 AM) Aviator: org mana tah
(11:09:01 AM) hazim mohd: hu3
(11:09:03 AM) Aviator: mesir ni jgk kot
(11:09:05 AM) hazim mohd: pok2 ni la
(11:09:09 AM) hazim mohd: aik?
(11:09:13 AM) hazim mohd: ye ke?
(11:09:24 AM) Aviator: dia citer
(11:09:33 AM) hazim mohd: oic
(11:11:11 AM) hazim mohd: sok da thn baru
(11:11:23 AM) hazim mohd: msti sjarah lps2 brulang kmbli kan
(11:11:30 AM) hazim mohd: kt dtrn msrdeka
(11:11:33 AM) hazim mohd: adus
(11:12:47 AM) Aviator: ?
(11:12:53 AM) hazim mohd: ye la
(11:13:06 AM) hazim mohd: da ma'ruf smua tu ladaina
(11:13:47 AM) Aviator: xyah pi dataran merdeka
(11:14:00 AM) Aviator: pi la kat negeri2 bawah pas
(11:14:00 AM) hazim mohd: da tu
(11:14:10 AM) hazim mohd: owh
(11:14:11 AM) Aviator: atau pkr
(11:14:17 AM) hazim mohd: yg tu mmg la
(11:14:24 AM) Aviator: selangor dkt jgk
(11:14:27 AM) hazim mohd: da ma'ruf gak
(11:14:46 AM) Aviator: kelantan pun buat sambutan
(11:14:50 AM) hazim mohd: tp our budak2 muda skang suke tmpt2 gtu nk wt cmna
(11:14:54 AM) Aviator: tok guru ado
(11:15:15 AM) hazim mohd: tau
(11:15:57 AM) Aviator: jd setiap taun boleh tgk la sejauh mana dakwah islam di msia,
berkesan ke x
(11:16:07 AM) hazim mohd: a'ah
(11:16:26 AM) hazim mohd: tu la
(11:16:36 AM) Aviator: bandingkan sambutan kalendar hijrah dengan sambutan kalendar
masihi
(11:16:43 AM) hazim mohd: yup
(11:16:46 AM) hazim mohd: so?
(11:16:55 AM) hazim mohd: ntjhnyer?
(11:17:01 AM) Aviator: diorg x perasan diorang sambut kelahiran nabi isa
(11:17:03 AM) hazim mohd: x sama kn?
(11:17:08 AM) hazim mohd: yup
(11:17:36 AM) hazim mohd: kalendar masehi bemula slps klhiran nabi is
(11:17:51 AM) Aviator: sebenarnya bukan kelahiran nabi isa pun
(11:18:01 AM) Aviator: ada riwayat nabi isa lahir bulan lain
(11:18:05 AM) hazim mohd: tp kalendar hijrah bersempana dgn hijrah nabi ke mdnh
(11:18:10 AM) hazim mohd: ye...
(11:18:21 AM) hazim mohd: tp yg famousnye gtu la
(11:18:26 AM) Aviator: tapi orang rom yg tukar ikut kalendar syamsi diorang
(11:18:26 AM) hazim mohd: yg msyhur
(11:18:31 AM) hazim mohd: oic
(11:18:40 AM) Aviator: diorang sembah matahari
(11:18:46 AM) hazim mohd: yup
(11:19:07 AM) Aviator: jd org kristian n islam skrng pun x perasan diorang sambut
perayaan sembah matahari
(11:19:09 AM) Aviator: hahahahahahahaha
(11:19:38 AM) hazim mohd: hu3
(11:19:50 AM) hazim mohd: suka2 gk
(11:19:58 AM) hazim mohd: tp kita la yg kna btolkn diorg
(11:20:22 AM) Aviator: lucu la
(11:20:27 AM) Aviator: dahlah kristian tu dallin
(11:20:35 AM) hazim mohd: hmm
(11:20:40 AM) hazim mohd: mcm2 la
(11:20:42 AM) Aviator: org islam pun silap2 hb dallin jgk
(11:21:01 AM) hazim mohd: org islam ade gak istilah dia
(11:21:32 AM) Aviator: jd doa la byk2 fatihah tu
(11:21:37 AM) Aviator: siratallazina...
(11:22:04 AM) Aviator: maju2 amerika pun akal bawah tempurung
(11:22:25 AM) Aviator: diorang sokong israel tp xtau apa israel buat
(11:22:49 AM) Aviator: kenapa? sebab akal diorang dikawal media korporat cam cnn dsb
(11:23:11 AM) hazim mohd: yup
(11:23:13 AM) hazim mohd: skong2
(11:23:26 AM) Aviator: media2 ni lapor ikut suka je, professionalism diorg dah x ada
(11:23:54 AM) Aviator: dh nk buat macam mana, wartawan kat palestin pun kena bunuh
(11:24:58 AM) Aviator: setiap tahun 3 bilion amerika salur ke israel
(11:25:08 AM) hazim mohd: la...kn wrtwn dior tu kafir gak
(11:25:10 AM) hazim mohd: so..satu kpala la
(11:25:30 AM) hazim mohd: bila tiang pon da bengkok byg pon bengkok gak la
(11:25:40 AM) hazim mohd: da x leh nk ukur kiblat
(11:25:45 AM) hazim mohd: klo tinag bengkok
(11:25:55 AM) hazim mohd: tu pasal jd bengong smua
(11:26:02 AM) Aviator: peduli apa israel
(11:26:04 AM) hazim mohd: sbb x de kblat yg btol
(11:26:11 AM) Aviator: nk cari sorg je satu bangunan kena runtuh
(11:26:21 AM) hazim mohd: tu la
(11:26:36 AM) hazim mohd: x pasal2 org x brsalh dpersalah
(11:26:49 AM) Aviator: dpt tau pun melalui internet
(11:26:50 AM) hazim mohd: tp diorg x kesah
(11:26:54 AM) hazim mohd: yup
(11:26:54 AM) Aviator: nk tgk tv haram xde
(11:27:11 AM) hazim mohd: tgk la tv kt internet
(11:27:12 AM) hazim mohd: he3
(11:27:20 AM) hazim mohd: jadi halal pe
(11:27:32 AM) hazim mohd: :D 
(11:27:50 AM) hazim mohd: ok la
(11:27:54 AM) hazim mohd: ambo nk stdy jp
(11:27:57 AM) hazim mohd: okes
(11:28:03 AM) Aviator: setuju x sgn pandangan2 sy
(11:28:14 AM) hazim mohd: stuju jerk
(11:28:15 AM) Aviator: sy bubuh perbincangan kita dlm blog
(11:28:21 AM) hazim mohd: lor
(11:28:26 AM) hazim mohd: ke situ lak
(11:28:37 AM) Aviator: kira ok la ni
(11:28:39 AM) hazim mohd: ok la
(11:28:42 AM) hazim mohd: hu3
(11:28:44 AM) hazim mohd: malu ke org
(11:28:54 AM) hazim mohd: ok la
(11:28:55 AM) hazim mohd: up 2 u
(11:28:58 AM) hazim mohd: saya out lu
(11:29:00 AM) hazim mohd: bye2
(11:29:04 AM) hazim mohd: salam
(11:29:09 AM) Aviator: ws
Anda dialu-alukan untuk menyertai perbincangan ini.

Menyambut Aidiladha di Kaherah

17 December 2008

Berjauhan dari tanah air tak bermakna Hari Lembaran tiada meriah.

Agak lewat saya menghasilkan foto-foto ini. Apapun, inilah dia:

Sesi fotografi ahli bait dan berangkat ke masjid

Aidiladha 2008 di Kaherah - 7

Keheningan pagi dipecahkan dengan alunan takbir dari masjid-masjid yang berdekatan. Takbir orang Arab tidaklah sesayu takbir orang Melayu, mendatar saja. Namun begitu, kerana umpapa pepatah, “tempat jatuh lagi dikenang”, rasa sayu itu datanglah juga. Suasana pagi dimeriahkan dengan sesi bergaya dan mengambil gambar.

Aidiladha 2008 di Kaherah - 1Aidiladha 2008 di Kaherah - 2Aidiladha 2008 di Kaherah - 3Aidiladha 2008 di Kaherah - 4Aidiladha 2008 di Kaherah - 5Aidiladha 2008 di Kaherah - 7Aidiladha 2008 di Kaherah - 8Aidiladha 2008 di Kaherah - 9Aidiladha 2008 di Kaherah - 10Aidiladha 2008 di Kaherah - 11

Solat sunat Aidiladha bersama-sama pelajar-pelajar dari Malaysia

Aidiladha 2008 di Kaherah - 13

Kami menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Musa ibn Nusayr. Solat berjemaah bersama-sama dengan para perantau dari Malaysia ini diimami oleh Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM, Mohd Azrul Ismail dan khutbah berikutnya disampaikan oleh Presiden PMRAM, Khairul Anuar Ismail.

Aidiladha 2008 di Kaherah - 12Aidiladha 2008 di Kaherah - 13Aidiladha 2008 di Kaherah - 14Aidiladha 2008 di Kaherah - 15Aidiladha 2008 di Kaherah - 16Aidiladha 2008 di Kaherah - 17Aidiladha 2008 di Kaherah - 18

Bertolak ke Rumah Kelantan Baru

Aidiladha 2008 di Kaherah - 24

Seusai solat sunat berjemaah di Masjid Musa, kami menziarahi Rumah Kelantan Baru untuk bertemu dengan para penghuni di sana dan melihat unta-unta yang akan disembelih.

Aidiladha 2008 di Kaherah - 19Aidiladha 2008 di Kaherah - 20Aidiladha 2008 di Kaherah - 21Aidiladha 2008 di Kaherah - 22Aidiladha 2008 di Kaherah - 23Aidiladha 2008 di Kaherah - 24Aidiladha 2008 di Kaherah - 25

Penyembelihan unta

Aidiladha 2008 di Kaherah - 34

Sebanyak lima ekor unta dikorbankan di bawah bumbung Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir. Korban bernilai L.E. 690 x 7 bahagian x 5 ekor = L.E. 24,150.

Unta pertama agak garang. Unta ini beberapa kali mencuba untuk lari, menyebabkan khalayak pemerhati berasak-asak ke belakang dan suasana bertambah riuh. Saya meninggalkan RKB selepas unta pertama selamat dikorbankan untuk pulang ke rumah dan menikmati juadah Hari Raya bersama-sama ahli bait (nasi himpit dan kuah kacang).

Aidiladha 2008 di Kaherah - 26Aidiladha 2008 di Kaherah - 27Aidiladha 2008 di Kaherah - 28Aidiladha 2008 di Kaherah - 29Aidiladha 2008 di Kaherah - 30Aidiladha 2008 di Kaherah - 31Aidiladha 2008 di Kaherah - 32Aidiladha 2008 di Kaherah - 33Aidiladha 2008 di Kaherah - 34Aidiladha 2008 di Kaherah - 35Aidiladha 2008 di Kaherah - 36Aidiladha 2008 di Kaherah - 37Aidiladha 2008 di Kaherah - 38Aidiladha 2008 di Kaherah - 39Aidiladha 2008 di Kaherah - 40Aidiladha 2008 di Kaherah - 41Aidiladha 2008 di Kaherah - 42

Laporan PMRAM: Aidiladha Peringkat PMRAM Disambut Meriah, Sederhana

WordPress 2.7 telah tiba!

11 December 2008

WordPress 2.7 sudah sampai. Kini boleh juga didapatkan dalam bahasa tercinta bahasa Melayu.

Antara ciri-ciri baru yang dimuatkan dalam versi ini ialah reka bentuk tadbir baru, penulisan segera, dan pengkemaskinian automatik. Terdapat banyak lagi ciri-ciri baru yang tak sempat saya sebutkan di sini. Untuk ringkasan yang lebih terperinci, sila baca pengumuman asal di http://wordpress.org/development/2008/12/coltrane/.

Dapatkan WordPress 2.7 Bahasa Melayu sekarang dengan memilih satu daripada pautan-pautan berikut:

Tahniah diucapkan kepada pasukan pembangun WordPress kerana berjaya menghasilkan perisian blog yang disayangi ramai ini tanpa mengenal erti penat lelah.

Kaherah 2

15 October 2008

Kaherah 2a:

Kaherah 2b:

Kaherah 2c:

Gambar-gambar ini diambil di sebuah kawasan perkampungan di pinggir kota Kaherah.

Untuk memuat turun imej bersaiz penuh, klik pada gambar yang berkenaan untuk membuka laman web baru, kemudian klik Download.

Creative Commons Attribution-Noncommercial 3.0

Kaherah 1

5 October 2008

Kaherah 1

Foto sebuah dinding di kota Kaherah.

Untuk memuat turun imej bersaiz penuh, pergi ke alamat http://tarmiziaffandi.deviantart.com/art/Kaherah-1-99802310 dan klik Download.

Ukuran: 8000 px × 1200 px Saiz: 3.0 MB

Creative Commons Attribution-Noncommercial 3.0

Gerhana bulan pada malam Nisf Sya’ban

17 August 2008

Lunar eclipse on the night of Nisf Sha'ban

Malam ini seperti malam-malam lain juga. Panas… sesak… riuh… malam yang tipikal di kota Kaherah. Namun, ketika aku berjalan di luar, kelihatan beberapa buah premis merentang kain bercorak berwarna-warni di luar dan mengadakan promosi jualan, kedengaran dari masjid suara zikiran.

Aku dongak ke langit. Melihat wajah rembulan purnama… menyilau seorang diri tanpa dihiasi kelipan bebintang (maklumlah, debu Kaherah). Patut lah, malam ini malam Nisf Sya’ban. Malam penuh rahmat. Malam yang mana setiap catatan amalan manusia diangkat ke langit. Satu daripada dua malam perayaan para malaikat (kalau anda tak tahu, perayaan malaikat yang satu lagi ialah Lailatul-Qadr).

Ya, tatkala dunia menyaksikan kemeriahan sukan di Republik Rakyat China, menyaksikan krisis perang di Rusia, Ossetia Selatan dan Georgia, menyaksikan Saiful Bukhari bersumpah laknat di Masjid Wilayah, sedar tak sedar, lima belas hari lagi Ramadan akan datang bertamu.

Ketika itu, rembulan purnama nampak sumbing sedikit, tapi aku tidak rasa curiga. Bila lewat malam di rumah, aku diberitahu oleh rakan serumah bahawa malam ini bulan sedang gerhana. Huh? Yakah? Aku mengintai dari jendela. Oh, patutlah tadi nampak sumbing sikit. Sekarang dah separuh ditelan bayang-bayang.

Pautan:

SKEK 41

21 July 2008

Kulit depan SKEK 41

Majalah yang dinanti-nantikan sudah tiba. Suara Kampus PMRAM Edisi Kelantan (SKEK) bilangan 41 akan menjengah pasaran tidak lama lagi.

SKEK diterbitkan oleh Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir dengan izin daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Majalah ini memuatkan pelbagai isu tempatan dan antarabangsa, serta karya-karya kreatif yang dihasilkan oleh anak-anak Kelantan yang sedang belajar di Mesir.

Pemproses dan RAM

4 April 2008

Dari manakah prestasi sesebuah komputer dinilai? Pemproses atau RAM? Jikalau anda ingin meningkatkan keupayaan komputer anda, komponen yang mana satukah diutamakan, dan apakah rasionalnya? Rencana ini ditulis sebagai membantu anda mencari jawapan kepada permasalahan yang semacam rumit ini.

Pemproses atau lebih tepat lagi mikropemproses ialah pengawal segala proses pengiraan yang berlaku dalam komputer. Jikalau dibandingkan dengan tubuh badan manusia, pemproses bolehlah disamakan dengan otak, iaitu organ yang mengawal segala tingkah laku. Walau bagaimanapun, berbeza dengan otak manusia, pemproses tidak ‘berfikir’ (manusia tidak mampu mencipta ‘akal’), tetapi melakukan tugas atas arahan manusia yang dikenali sebagai “pengiraan”. Sungguh ringkas, bukan? Segala tugas yang dilakukan, menaip dokumen pejabat, mengurus foto digital, menyunting video, memuat turun fail daripada Internet, semuanya dilaksanakan oleh pemproses dalam erti kata abstrak sahaja. Hakikatnya, jika dilihat dari aras paling rendah, ia hanya melakukan pengiraan terhadap unsur-unsur data yang dikenali sebagai bit, iaitu 1 dan 0. Benar, komputer hanya memahami dua nilai ini sahaja. Lapan bit membentuk satu bait, 1024 (210) bait membentuk satu kilobait, dan 1024 kilobait membentuk 1 megabait. Sekadar memberi contoh, setiap piksel (petak terkecil) dalam skrin komputer diwakili oleh satu bait data yang mengandungi maklumat kuantiti warna merah, hijau dan biru. Komposisi yang berlainan menghasilkan warna yang berbeza-beza. Katakan anda sedang memain sebuah klip video bersaiz 640 × 480 piksel yang mempunyai tempoh sepuluh minit pada kadar 25 bingkai gambar sesaat. Satu bingkai sama dengan 307200 bait (640 px × 480 px), 10 minit sama dengan 15000 (60 saat × 10 minit × 25) bingkai; oleh itu, sejumlah 4,608 juta bait data dihitung oleh pemproses ketika anda memainkan video tersebut!

Baca tulisan penuh→

SKEK 40

24 March 2008

SKEK 40

Ini adalah previu bagi Suara Kampus PMRAM Edisi Kelantan (SKEK) bilangan 40.

Ribuan penghargaan diucapkan kepada ~crystalina~ kerana menyediakan foto untuk kulit ini.

SKEK diterbitkan oleh Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir dengan izin daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Majalah ini memuatkan pelbagai isu tempatan dan antarabangsa, serta karya-karya kreatif yang dihasilkan oleh anak-anak Kelantan yang sedang belajar di Mesir.

Kali ini, kami cuba tampilkan beberapa isu yang hangat untuk tatapan sahabat-sahabat perantauan di Mesir. Pastikan anda semua mendapatkannya sebaik sahaja ia keluar di pasaran.

←Kiriman-kiriman sebelumnya